Minda Hijrah Headline Animator

Monday, February 13, 2012

Nazri Aziz nasihat Shahrizat Jalil bayar RM250j ???

Kata nasihat dari DS Nazri Aziz kepada DS Shahrizat Jalil menampakkan seolah-olah DS Shahrizat Jalil terlibat secara langsung dengan projek fidlot. Sedangkan yang terlibat hanya SUAMI dan ANAK-ANAKnya.
 
Sebenarnya, lagi banyak anak-anak DS Shahrizat Jalil makin teruk keadaannya. Yang terbaru apabila sorang anaknya menyatakan bahawa NFCorp boleh gunakan soft loan untuk laburkan kepada perkara-perkara yang lain. Yerla, kalau kondo itu milik syarikat ok juga tapi kalau atas nama individu dengan harga jutaan ringgit dah kira salah guna kuasa sebab pemilik kondo adalah individu, yang bayarnya alah syarikat yang dapat loan dari kerajaan.
 
Tapi kes projek fidlot kebangsaan ini adalah satu projek nepotisme tahap tertinggi dalam sejarah politik Malaysia sejak merdeka.
 
 
Menteri Pembangunan Wa­nita, Keluarga dan Masya­rakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dinasihatkan supaya membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya untuk menjalankan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz yang menasihatkan demikian berkata, itu adalah penyelesaian terbaik bagi masalah berkenaan tanpa perlu Shahrizat meletak jawatan.

"Beliau tak perlu letak jawatan. Apa yang paling utama, kembalikan semula wang itu kepada kerajaan," katanya.

Nazri berkata, dengan penyelesaian seperti itu, kerajaan masih boleh meneruskan projek NFC.

"Tetapi selepas ini, adalah lebih baik dijalankan secara tender terbuka bagi mengelak masalah hal yang tidak diingini," katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta Larian Ria di pekarangan pejabat Umno Bahagian Padang Rengas di sini, semalam.

1 comment:

  1. Nasihat yang tak bolih diguna pakai....dan cadangan yang kurang bijak....

    ReplyDelete