Bertempat di Rumah Media Melaka, Kelab Chedet bersama ASPIRASI dan GPMS menganjurkan PENTAS ANAK MUDA dalam siri Jelajah Aman Kampus.
Majlis dimulai dengan nyanyian bersemangat kumpulan Mahasiswa lagu Negaraku dan 1Malaysia. Nampaknya kumpulan Mahasiswa ini berjaya menghayati lagu 1Malaysia dengan lenggok berirama yang menarik.
Saudara Ahmad Saufi dari mahasiswa UTEM membicarakan tentang isu semasa berkaitan Mahasiswa. Dari isu masalah sosial sehinggalah ke isu perangai sebilangan kecil Mahasiswa mahu membuat demo dan kacau bilau di kampus. Selain itu, beliau melontarkan padangan tentang sikap mahasiswa yang patut punyai nilai-nilai budaya yang tinggi.
Seterusnya saudara Sheikh Shahruddin, Exco Kelab Chedet membicarakan tentang isu ekonomi melalui penerangan berkaitan wang dinar. Sepanjang penerangannya, saudara Sheikh mengkongsikan sejarah dan revolusi penggunaan matawang di dunia. Yang paling menarik minat penonton adalah maklumat berkaitan strategi ekonomi yang pernah dilakukan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir. Termasuk krisis-krisis ekonomi yang telah dan sedang berlaku.
Saudari Badariah, wakil Aman Kampus pula membicarakan peranan Belia & Mahasiswa kepada masyarakat. Antara tanggungjawab mahasiswa adalah turun padang untuk mempromosikan pendidikan sepanjang hayat kepada golongan yang lebih muda. Beliau sarankan Mahasiswa supaya menjadi ikon kepada masyarakat terutamanya adik-adik yang masih bersekolah. Bantu mereka dengan menyalurkan maklumat supaya mereka boleh merancang masa depan yang lebih baik.
Dato' Prof Madya Dr. Abu Bakar, mantan VC UTEM banyak mengupas banyak permasalahan pemikiran mahasiswa. Banyak mahasiswa datang belajar semata-mata untuk certificate bukan kerana knowledge (pengetahuan). Kalau belajar untuk pengetahuan, negara akan maju.
No comments:
Post a Comment