Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, February 8, 2012

DAP Perlu Jelas Pemberian Wang RM14 juta

Kerajaan Pulau Pinang perlu memberi penjelasan kepada rakyat berhubung pemberian wang sebanyak RM14 juta dalam isu tanah Tan Hak Ju kerana ia melibatkan wang rakyat.

Menurut pensyarah Kuliah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr. Zulfakar Ramlee, jumlah tersebut amat besar sebagai pampasan daripada sebuah kerajaan yang memerintah.

''Jika pampasan itu daripada pihak swasta ia mungkin tidak perlu dipertikaikan tetapi kalau daripada kerajaan negeri ini sesuatu yang perlu diperjelaskan,'' katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kata beliau, rakyat Pulau Pinang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) disaran untuk memantau isu berkenaan bagi memastikan tidak berlaku penyelewengan.

''Kita kena lihat atas dasar apa kerajaan negeri boleh mengeluarkan wang sebegitu banyak sebagai pampasan,'' katanya.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Teng Hock Nan yang menyifatkan tindakan kerajaan negeri itu sebagai 'pelik' kerana ia masih dalam perbicaraan di Mahkamah Rayuan.

Pada 31 Januari lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri telah mendepositkan sebanyak RM14 juta kepada Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 18 Mei 2009 seperti diperintahkan mahkamah.

Namun, pada 11 Januari lalu, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi supaya membayar RM40 juta kepada Hak Ju.

Sebaliknya, kerajaan hanya perlu membayar RM500,000 kepada Hak Ju sebagai bayaran kos yang ditanggungnya sepanjang perbicaraan kes itu.

Dalam pada itu, pakar undang-undang Prof. Salleh Buang berkata, rakyat Pulau Pinang berhak untuk mengetahui alasan kerajaan membuat bayaran sedemikian.

''Jika mereka mencurigai tindakan tersebut laporan boleh dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),'' katanya.

Namun, beliau berkata, jika kes berkenaan masih di peringkat rayuan di Mahkamah Rayuan maka keputusan kerajaan negeri membayar pampasan itu agak luar biasa.

''Kalau kes itu masih di peringkat rayuan oleh mana-mana pihak maka, tindakan kerajaan negeri itu seolah-olah memperlekehkan fungsi mahkamah,'' katanya - Utusan Online
RockyKCD - hohoho RAKYAT nak tahu apa sebab Kerajaan DAP Penang depositkan RM14 juta sedangkan kes masih dalam proses rayuan di Mahkamah Rayuan ketika itu?  Tak ponah dibuek orang. RM14 juta tu bukan nya sikit. KM Penang, YAB Guan Eng buat duit kerajaan macam duit poket sendiri ka ? Kalau tidak, sila beri penjelasan.

No comments:

Post a Comment