Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, January 17, 2012

Tangguh umum pengganti Hasan Ali, Dr Rani dibantah?

Nama pengganti Dr Hasan Ali sebagai Exco Kerajaan negeri Selangor yang sepatutnya diumumkan Isnin terpaksa ditangguhkan sehingga Rabu ini. Ramai kalangan politik berpendapat bahawa penangguhan ini disebabkan nama-nama calon Exco Kerajaan Negeri Selangor perlu mendapat persetujuan DAP dan PKR sekaligus menafikan kenyataan Presiden PAS bahawa PAS tidak pernah tunduk kepada sesiapa.

Calon utama sudah tentu Pesuruhjaya PAS Selangor iaitu Dr. Rani Osman yang juga ADUN Meru. Dia lebih mesra DAP dan PKR adalah calon yang sesuai untuk ditunggangkan oleh rakan pembangkang lain terutamanya dalam isu Melayu dan Islam.

Cakap-cakap kedai kopi ada bersuara bahawa nama Dr. Rani sebagai pengganti Hasan Ali dibantah sebahagian besar pimpinan akar umbi. Ada yang sanggup meletak beliau seperti 'lembu yang mudah dicucuk hidung' oleh DAP dan PKR.

Keputusan akan diketahui esok. Kita sama tunggu nanti walaupun terdapat kelewatan dalam menamakan pengganti Hasan Ali.

Sesiapa pon penggantinya, tetap bakal menjadi keldai tunggangan dan lembu DAP dan PKR !!!

3 comments: