KENYATAAN MEDIA
Perjumpaan Anwar Ibrahim bersama dengan Diplomat Asing
Assalamualaikum,
Berkenaan dengan isu Kes Liwat yang di kenakan terhadap Anwar Ibrahim dan tindakan beliau untuk mengumpulkan penyokong beliau pada 9 Januari 2012, dan juga perjumpaan dengan para diplomat asing yang akan dibuat dalam masa terdekat ini, Pemuda UMNO Bahagian Seputeh suka memberi kenyataan seperti dibawah.
Malaysia merupakan sebuah Demokrasi. Sebagai sebuah negara yang berdaulat, kita tidak menghalang para diplomat untuk berjumpa dengan siapa sahaja dan menghormati pandangan dan pendirian para diplomat.
Jemputan Para Diplomat yang dibuat oleh Pemimpin Pembangkang yang mana kes beliau sedang di adili oleh mahkamah merupakan satu jemputan peribadi dan tidak ada kene mengena dengan Hal Ehwal Kerajaan mahupun Pembangkang.
Saya percaya pihak kerajaan tidak akan menghalang para diplomat untuk pergi menghadiri dan mendengar apa yang mahu di ucapkan oleh Anwar Ibrahim, tetapi saya mengingatkan mereka agar jangan sesekali menyokong apa-apa kenyataan yang dibuat tanpa mendengar penjelasan balas dari pihak Kerajaan.
Jika para diplomat memerlukan penjelasan ataupun maklum balas, saya percaya pihak kerajaan akan memberi penjelasan dan suka saya nyatakan kes ini diadili oleh badan kehakiman yang bebas dan pihak kerajaan tidak ada campur tangan dalam kes ini seperti kenyataan YAB Dato Seri Dato Najib sebelum ini.
Saya merasakan perjumpaan ini bertujuan untuk memesongkan fakta kes liwat yang sedang beliau hadapi dengan niat untuk memburukkan kerajaan sepertimana mana kenyataan Anwar Ibrahim di Indonesia dan di ceramah-ceramah beliau.
Negara Malaysia adalah sebuah negara Demokrasi dan menghormati pandangan dari setiap lapisan masyarakat, kita juga mendukung hak dan menjaga sokongan Majoriti tanpa menganiaya golongan minoriti yang menyokong pembangkang, jesteru itu, pihak Diplomat perlu faham perkara ini dan jangan sesekali menunjukkan sokongan kepada Pembangkang sekiranya menghormati Kerajaan Malaysia sepertimana kami menghormati kerajaan kamu.
Berkenaan dengan Jemputan untuk berkumpul pada 9 Januari 2012 oleh Pakatan Rakyat, suka saya ingatkan kepada Penyokong Pakatan Rakyat agar muhasabah diri dan lihat kepada keadilan yang telah Kerajaan laksanakan sebelum ini.
Banyak kes sebelum ini ,sekiranya pemimpin kerajaan melakukan kesalahan, mereka akan dikenakan hukuman dan Badan Kehakiman bukan satu Badan yang boleh dipengaruhi keputusanya.
Sekiranya segala bukti sudah cukup dan sekiranya Anwar Ibrahim didapati bersalah, akurlah dan teruskan lah perjuangan kamu kerana dunia belum lagi mahu kiamat.
Kita kena bersama menjaga keamanan di Malaysia dan jadikanlah Bencana yang melanda Mesir, Libya, Syria dan negara-negara lain yang bangkit atas nama Keadilan dan akhirnya lumpuh kerana termakan hasutan sesetengah pihak yang mementingkan kepentingan peribadi.
Sekian.
Ketua Pergerakan Pemuda
UMNO Bahagian Seputeh.
No comments:
Post a Comment