Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, January 5, 2012

#901 : Demonstrasi untuk alih isu kes LIWAT II ?

Pada 9 Januari 2012 adalah hari keputusan Hakim Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari. Para pemimpin PKR telah memaklumkan secara terbuka bahawa satu demonstrasi dan perhimpunan haram akan dilakukan sekitar Kuala Lumpur pada hari tersebut. 901 dijadikan simbolik kepada demonstrasi tersebut.

 

Persoalannya kenapa perlu diadakan perhimpunan sehingga 100,000 ribu penyokong pembangkang pada hari Isnin nanti ?

 

Bukankah perhimpunan tersebut akan menyusahkan RAKYAT yang mahu bekerja pada hari Isnin dengan kesesakan lalu lintas berikutan munculnya tetamu-tetamu yang tidak diundang?

 

Besar kemungkinan Anwar tidak akan ke penjara walaupun disabitkan kesalahan kes LIWAT II kerana beliau masih mempunyai banyak ruang untuk pertahankan dirinya di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

 

Saya kiranya demosntrasi yang mahu dilakukan ini mungkin untuk mengalihkan isu sebenar iaitu keputusan Mahkamah Tinggi tentang kes LIWAT II Anwar.

 

Jika tidak, buat apa mereka mahu berhimpun sampai 100,000 orang. Lebih baik duduk rumah diam-diam dan nantikan berita keputusan hakim. RAKYAT di Kuala Lumpur mampu menjalankan kehidupan mereka seperti biasa.

 

Cukupla banyak pemesongan dan pembohongan Anwar dan pimpinan PKR terhadap RAKYAT. Rakan-rakan Anwar sendiri dah banyal lari dari beliau. Mana tidak lari kalau selalu ditipunya !!!

 

Raja Petra Kamarudin (RPK), penyokong kuat Anwar Ibrahim selama ini mendedahkan pembohongan Anwar tentang pengenalannya dengan Datuk Eskay.

 

Rakyat wajib bantah demonstrasi 901 ini. Jika ianya berlaku, salurkan ketidakpuasan dalam peti undi nanti. Keamanan dan kemakmuran jangan kita gadaikan.

 

901 adalah satu lagi siri pembohongan Anwar Ibrahim mengheret RAKYAT demi agenda peribadinya yang mabuk kuasa !!!

No comments:

Post a Comment