Minda Hijrah Headline Animator

Sunday, January 15, 2012

Rani bakal Exco atas restu DAP

Hasan Ali dipecat dari PAS TANPA dapat membela diri. Ianya berlaku selepas beberapa hari Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali meluahkan kemarahan dengan kenyataan Hasan Ali dan menyuruh PAS ambil tindakan displin terhadap Hasan Ali.

Kezaliman telah berlaku. Lebih malang ianya berlaku dalam sebuah Parti yang kononnya memperjuangkan Islam. Parti yang siang malam menuduh parti Kerajaan adalah sekular. Parti yang mengKAFIRkan umat Islam yang bukan dari golongan mereka. Ini lah wajah sebenar PAS sejak bersama chauvinis DAP dan sosialis PKR.

Hasan Ali dilihat telah merugikan pakatan pembangkang di Selangor. Maka PAS diPAKSA memecat Hasan Ali atas arahan DAP dan PKR.

Maka bakal penggantinya sebagai Exco Hal Ehwal Islam WAJIB mendapat RESTU DAP dan PKR. Dan nama yang glamer untuk ganti Hasan Ali ialah Dr. Rani Osman.

Pesuruhjaya PAS ini dilihat paling sesuai dijadikan Exco oleh DAP dan PKR kerana Dr. Rani adalah seorang yang tidak tegas dan mudah tunduk kepada tekanan.

Pemecatan Hasan Ali memang telah dirancang. Bakal penggantinya juga telah dinamakan. Ini semua permainan politik dalaman kotor dan ZALIM.

PAS sekali lagi membuktikan Parti mereka adalah tunggangan dan keldai DAP dan PKR. Adakah umat Islam mahu terus menyokong mereka ?

No comments:

Post a Comment