Minda Hijrah Headline Animator

Sunday, January 15, 2012

Hak-hak gay: Apa kata Anwar Ibrahim?

Pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata terdapat keperluan untuk menyemak semula undang-undang lapuk Malaysia supaya tidak dilihat sebagai menyusahkan dan dianggap sebagai relevan.

Menjawab soalan berkaitan hak-hak golongan gay dan sama ada beliau bersedia untuk menerima "idea anti-diskriminasi yang melibatkan hak-hak golongan gay", Anwar berkata dalam satu wawancara dengan BBC pada Khamis, bahawa "kami perlu menyemak semula sebahagian daripada undang-undang lapuk kami."

"Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan."

Wawancara selama empat minit 39 saat itu boleh ditonton menerusi  http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-16531714

Anwar turut menggesa pilihan raya yang bebas serta adil dan bagi kerajaan melaksanakan "langkah yang perlu untuk membebaskan negara ini" daripada apa yang disifatkannya sebagai dasar yang berat sebelah.

Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya untuk menangani kebimbangan yang dibangkitkan berhubung proses pilihan raya di negara ini.

RockyKCD - apa kata puak Anwarisme dan puak Sekular PAS tentang isu ini ?

Muslimat PAS dah makin advance. Dah pandai nyanyi ikut rentak lagu Gospel Gereja. Hallelujah !!!

1 comment:

  1. Kenapa anwar tak banteras terus seks luar tabie? Anwar mmg gay tua.

    ReplyDelete