Minda Hijrah Headline Animator

Sunday, January 8, 2012

KENYATAAN MEDIA DATUK DR HASAN ALI

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t. Sebentar tadi saya menerima berita pemecatan saya sebagai ahli PAS dengan serta merta. Saya amat terkejut dengan tindakan drastik yang di ambil oleh AJK PAS Pusat itu. Saya turut bersedih kerana perjuangan Islam saya selama ini dibalas sedemikian rupa.

Saya akan merujuk kepada sahabat-sahabat dan meminta pandangan daripada teman-teman Ulama' mengenai tindakan selanjutnya yang patut saya ambil. Saya akan memanggil sidang akhbar dalam masa yang terdekat untuk menjelaskan lagi kedudukan perkara ini.

YB Dato Dr Hasan Mohamed Ali
ADUN Gombak Setia
8 Januari 2012


RockyKCD: Kejayaan untuk menegakkan Ad-Deen bukan kerja mudah. Lebih-lebih apabila kita berada dalam jamaah yang tidak sehaluan dengan perjuangan Islam lagi.

Hasan Ali ada pilihan. Beliau boleh menyertai UMNO utk teruskan perjuangan jihad Islam yang beliau percaya.

Ini bukan persoalan lompat parti. Ini adalah penyelesaian untuk meneruskan perjuangan dalam jamaah. Dan UMNO terbukti satu jamaah majoriti Islam.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment