Apa punya manusia buat FITNAH pasal Datuk Ahmad Maslan. Kot ye pun kamu tak suka dia, tak perlu buat FITNAH sedemikian rupa. Saya dah tanya beberapa rakan-rakan blogger dan ramai menafikan Ahmad Maslan ada keluarkan kenyataan 'Blogger Sampah'.
Dah banyak kali saya dengar ucapan Ahmad Maslan dan beliau sering memuji para blogger pro UMNO.
Cukup la kuar cerita-cerita sampah macam ini. Kalau tak suka, tak perlu FITNAH. Luahkan aja apa yang terbuku dalam hati. Kritik aja Ahmad Maslan dan tak perlu FITNAH.
Berita dipetik dari Sinar harian.
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menafikan dakwaan sebuah Facebook kononnya beliau pernah membuat fitnah dengan melabel pemblog-pemblog pro-Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai sampah.
Katanya, dalam hidupnya selama ini beliau tidak pernah menganggap dan menggelar mana-mana pihak sebagai sampah, lebih-lebih 'panglima-panglima' siber Umno-BN.
"Seumur hidup saya sudah 46 tahun, tidak pernah walau sekali menggelar, menuduh, menyebut orang atau pihak lain sebagai sampah, lebih-lebih lagi jika mereka itu membantu Umno dan BN," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen ini menambah, beliau tidak sebodoh itu dan "saya kira ini adalah cubaan untuk mencemar usaha berterusan kita sebagai satu pasukan bagi menggagalkan pihak pembangkang menawan Putrajaya."
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini berkata, kenyataan beliau baru-baru ini yang menyebut bahawa negara ini akan hancur jika pembangkang memerintah Malaysia, tentunya menambah usaha mereka menyerang beliau.
"Kita berjuang sebagai anak jantan yang berani mendepani lawan... Kita berjuang atas landasan kebenaran, untuk agama bangsa dan tanah air.
"Cabaran remeh Facebook ini hanya seperti batu kecil di atas lebuh raya yang nak berniat menghalang kemaraan sepasukan kereta kebal yang sedang menyambut semboyan perang," katanya lagi. - Sinarharian.com.my
Kau orang bukan tak tahu, merekakan suka fitnah2 ni, itu kerja mereka; Tapi disini saya ingin nyata 'sindrom penafian ini adalah tidak baik, dulu orang dengar tapi sekarang tidak... dulu orang salah tetap salah tapi sekarang tidak. So KITA MESTI SERANG MEREKA !! SAMPAI TERSUNGKUR. KALAU DIBIARKAN KIATA AKAN BERPUTIH MATA sudahnya' Wallahualam.
ReplyDeleteBuat fitnah aku tak peduli.Jangan fitnah kata aku ni jantan normal je la bila aku ni sorang homo cun.
ReplyDelete