Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, January 31, 2012

Adakah DAP akan REDHA dengan orang Melayu dan umat Islam jika memerintah?

Ini adalah persoalan yang ditujukan kepada kaum Melayu yang merupakan majoriti dalam komposisi kaum di Malaysia. DAP dengan bantuan sosialis PKR terus meracuni pemikiran rakyat dengan pendedahan kelemahan pentadbiran kerajaan parti pemerintah bersama sokongan portal media pro pembangkang seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider. DAP nampaknya berjaya meyakinkan pemimpin dan penyokong PAS bahawa pakatan pembangkang mampu mentadbir kerajaan pusat.

 

Persoalannya, adakah DAP redha dan sanggup berkongsi kuasa dengan pemimpin Melayu dan Islam ?

 

Malang bagi PAS sejak membentuk pakatan pembangkang pada PRU 12 2008, tempat mereka sekadar melukut di tepi gantang.

 

Adakah kita lupa bahawa apabila kerajaan campuran pembangkang ditubuhkan di Perak, nama Nizar Jamaludin sebagai MB pada mulanya di TOLAK oleh DAP sehinggakan DAP Perak mahu boikot upacara angkat sumpah. Tetapi apa yang ebrlaku sekarang ? DAP sedar bahawa PAS boleh dilembukan sebagai budak suruhan dan ini benar-benar berlaku.

 

Di Pulau Pinang, DAP langsung tidak mahu berkongsi kuasa dengan PAS. Satu-satunya YB PAS yang menang pun langsung TIDAK diberikan tempat sebagai EXCO Hal Ehwal Islam dan tugas itu diberikan kepada PKR !!! Itu pun PAS masih terhegeh-hegeh angkat KM Pulau Pinang setaraf Khalifah Umar Abdul Aziz. Bodonyaaa !!!

 

Di Selangor lebih dasyat lagi berlaku. Dr. Hasan Ali ketika menjadi Exco dianggap sebagai sampah dan sering diboikot oleh rakan - rakan mereka dari DAP dan PKR. Botol-botol arak yang dirampas oleh JAIS diarahkan pulang kembali setelah campurtangan DAP. Isu murtad di DUMC membangkitkan kemarahan DAP & PKR kerana pendedahan dan campurtangan Dr. Hasan Ali. Akhirnya beliau disingkirkan oleh PAS sendiri, mungkin tekanan dari DAP & PKR.

 

Kembali kepada persoalan asal, adakah DAP akan redha dengan orang Melayu dan umat Islam ? Kerajaan campuran di Selangor telah membuat kejutan apabila pengganti Dr. Hasan Ali sebagai Exco Kerajaan Negeri hanya diberi tanggungjawab sebagai budak suruhan jaga Adat Resam, Belia dan Sukan. Manakala Hal Ehwal Islam sehingga majoriti rakyat melabelkan PAS sebagai Parti Adat & Sukan.

 

Sebab itu kita sentiasa tanya kepada rakyat terutamanya orang Melayu yang begitu membenci kerajaan dan terus memberi sokongan kepada DAP & PKR, adakah golongan chauvinis DAP dan sosialis PKR benar-benar mahu berkongsi kuasa dengan PAS ?

 

Adakah kerajaan BN adalah ZALIM sangat dan menindas rakyat ? Sedangkan kemajuan dan kemakmuran hidup di Malaysia adalah hasil kuat pemimpin BN terdahulu bersama-sama rakyat.

 

Dan apakah sumbangan DAP & PKR selama ini kepada RAKYAT ?

 

Yang paling malang sekali apabila DAP & PKR mengangkat Buku Jingga sebagai kitab suci panduan hidup mereka melebihi apa yang diperintah oleh Allah dalam Al-Quran.

 

Takkan orang Melayu Islam tak sedar lagi ?

2 comments:

  1. susah bila dh taksub dengan PAS nih..

    ReplyDelete
  2. kesian PAS di campak ketepi oleh Khalifah Agung PP, terlebih kesian melihat mereka memuji dan dan menyatakan kekaguman dengan Khalifah tersebut, mudah2an Allah akan memberi pertunjuk, sebenar nya di beri petunjuk tapi silap mereka ia lah tidak mengunakan otak yang Allah beri, sebalik nya menyokong membabi buta saja, patut lah banyak yang sesat. dan demikian kalau lah mereka mengetahui akan perancangan Khalifah tersebut, dan beruntung lah bagi orang berfikir!

    ReplyDelete