Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, December 7, 2011

Eloklah Mursyidul Am Pas bersara - Tun Dr. Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya segera bersara daripada arena politik memandangkan Menteri Besar Kelantan itu sudah terlalu lama menyandang jawatan tersebut.

 

"Eloklah dia bersara, saya sendiri telah bersara dan dia lebih lama (berkecimpung dalam politik) daripada saya," katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) sempena pembukaan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011 di sini hari ini.

 

Beliau mengulas kenyataan Nik Aziz di Kota Bharu, Kelantan semalam yang mengulangi hasrat untuk terus bertanding pada pilihan raya umum akan datang biarpun telah menjadi wakil rakyat kira-kira 40 tahun.

 

Hasrat tersebut disebabkan Nik Aziz mahu terus melawan UMNO yang didakwa telah memecahbelahkan rakyat.

 

Menteri Besar Kelantan itu seterusnya memberikan alasan keputusan berkenaan dibuat kerana beliau telah banyak membawa pembangunan dan kemakmuran di Kelantan.

 

Dalam pada itu, kata Dr. Mahathir, kenyataan Nik Aziz tersebut menunjukkan pemimpin utama Pas tersebut sangat membenci UMNO.

 

"Bagi dia (Nik Aziz) lebih baik Karpal Singh (Pengerusi DAP) daripada UMNO. Itulah Nik Aziz," ujarnya secara sinis.

 

RockyKCD - Cukuplah lebih 20 tahun menjadi pemimpin negeri Kelantan. Dulu bukan main hebat PAS menghentam Tun Dr. Mahathir sehingga ada yang sanggup kata Tun Dr. Mahathir mahu mati dalam jawatan. Nah! Skang siapa yang enggan lepaskan jawatan walaupun bekas Perdana Menteri itu telah bersara hampir 10 tahun.

 

Mungkin pemimpin baru di Kelantan mampu membawa perubahan yang lebih baik dan menyelesaikan pelbagai masalah yang melanda pentadbiran negeri. Memang benar kata orang, sekali dah duduk di jawatan tertinggi, memang sukar nak lepaskan. MB Kelantan membuktikan kebenaran tanggapan itu :)

 

 

3 comments:

  1. ORANG DAH SEDAP NGAN PANGKAT DUNIA MANA NAK TURUN...KECUALI ALLAH TARIK NYAWA...LAWAN UMNO TU ALASAN JE....BIASA LA....DAH KAWAN NGAN SETAN NAK BUAT CAMNER KENE LA TUNAI JANJI DIA NGAN SETAN...

    ReplyDelete
  2. Saya sokong Tok Guru terus menerajui Pas. Ia memberi kepuasan kepada jutaan rakyat yang kebanyakannya sederhana didalam serba serbinya. Bukan macam ramai pengikut2 dan pemimpin2 UMNO/BN, semuanya tak segan silu menipu, berbohong, rasuah supaya dapat hidup senang lenang macam nak hidup selamalamanya. Tak malu.

    ReplyDelete
  3. bila mahu insaf org tua seko ni????

    ReplyDelete