Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, December 8, 2011

Perebutan Jawatan Perdana Menteri : PKR Calon Anwar, PAS Calon Hadi. DAP pula ???

Jika PKR mahu penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri ketujuh, Pas juga bertegas mahukan Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjawat jawatan itu.

 

Perkara itu dinyatakan sendiri Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib ketika mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagaimana dipetik sebuah portal politik dalam ucapan dasar beliau di kongres PKR kelapan di Johor Bahru, 25 November lalu.

Harun tidak menolak, jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya memerintah negara pada pilihan raya umum akan datang dan Pas menyumbang kerusi yang banyak kepada PR, sudah tentu parti-parti lain tiada masalah untuk menjadikan Presiden Pas sebagai Perdana Menteri.

 

"Kalau mereka (PKR) mahu begitu, kita juga mahu Presiden Pas jadi Perdana Menteri," katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Harun bagaimanapun menegaskan, perkara berhubung siapa jadi Perdana Menteri tidak perlu dibangkitkan buat masa ini memandangkan PR belum berjaya membentuk kerajaan.

 

Apa yang penting katanya, PR perlu bekerja untuk memastikan kemenangan menumbangkan Barisan Nasional (BN) sebelum mengetengahkan soal pemimpin yang layak menyandang jawatan penting itu.

 

"Kita perlukan kemenangan dalam pilihan raya, itu yang penting. Soal siapa jadi perdana menteri, tidak mustahak. Kalau kita cakap besar tetapi tidak menang, tiada gunanya," katanya.

 

Mengulas lanjut kenyataan Azmin, Harun menjelaskan beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu dan menyifatkan Azmin hanya berkhayal.

 

Jelasnya, jika benar ada keputu­san­ bahawa Anwar menjadi Perdana Menteri ketujuh, sudah tentu perkara itu telah dibincangkan secara rasmi membabitkan ketiga-tiga parti dalam PR.

 

Bagaimanapun, katanya, belum ada sebarang perbincangan meja bulat mengenainya sehingga kini.

 

"Parti yang tidak boleh menubuhkan kerajaan sendiri bergantung atas keputusan bersama sebagaimana PR dan perkara ini akan diputuskan pimpinan PR. Sekarang ini (keputusan siapa jadi perdana menteri) belum ada.

 

"Itu dia (Azmin) punya pandangan tetapi bagi kita, selepas menang pilihan raya nanti baru diputuskan," katanya - Sinar Harian -

 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

RockyKCD - Begitu kalutnya pembangkang yang gila kuasa sehinggakan jawatan Perdana Menteri pun mereka berebut. Pada ramalan kami, jika pembangkang menang, jawatan Perdana Menteri akan ditentukan DAP kerana mereka dijangka memperolehi kerusi parlimen terbanyak.

 

PAS jangan mimpi mahu jawatan Perdana Menteri ataupun jawatan2 Menteri kabinet yang penting. "Langkah mayat DAP & PKR".

 

 

1 comment:

  1. Apa susah Presiden Republik Malaysia dipegang Anwarjuburi, Perdana Menteri dipegang Lim Guan Eng hanya Menteri Kebajikan Sosial dipegang Haji Hadi...tu pun kalau three stoogers ni masih hidup lagi dan fuckatan menang PRU13.

    ReplyDelete