Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, December 1, 2011

#PAUmno Gelombang Merah: Kaum IBU Lambang Kekuatan UMNO

2-3 tahun dulu, saya ada ikuti Muktamar Khas PAS di Taman Melawar ketika isu Perpaduan hangat diperkatakan. Sehingga berlaku pertikaman lidah antara Mursyidul AM PAS dgn pucuk pimpinan parti. Apa yg menarik perhatian saya ialah perbahasan dari wakil Dewan Muslimah PAS yg terus - terang menyerang semua pihak termasuk kepimpinan parti. Antaranya ialah Muslimah PAS berasa kecil hati dan marah apabila pergaduhan sesama sendiri dikalangan kaum bapa dalam PAS sedangkan Muslimah mendakwa mereka bertungkus lumus bekerja utk parti bagi mencapai kemenangan.

Kekuatan kaum ibu bagi setiap parti melambangkan kekuatan parti itu. Saya kira serangan Muslimah PAS tentunya berasas dan relevan. Sama seperti UMNO yang kekuatan merayu undi terletak kepada kekuatan kaum ibunya sejak penubuhan nya. Siapa mahu sangkal?

Kaum ibu adalah yg paling berpengaruh dalam keluarga ! Kaum ibu tidak terlalu berkira tentang kuasa ! Kaum ibu sanggup meredah halangan utk meraih undi di pelusuk kawasan ! Dan di PWTC SETIAP TAHUN, kaum ibu yang datang dr pelusuk tanahair adalah penunggu setia di hadapan skrin besar duduk bersama ketika Pemuda melepak di Riverside dan kaum bapa dikawasan The Mall.

Ini adalah realiti ! Jika tidak bersetuju dgn saya, tidak ada apa dgn saya. Tetapi ini sekadar peringatan utk kita hargai kaum ibu yang TRADISInya setia dan berkerja utk parti tanpa balasan.

Terima kasih kaum ibu. Sebaris lagu dari saya ; Ibu. Ibu engakaulah RATU HATI Ku :)

1 comment: