Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, December 6, 2011

Najib rasmi LIMA 2011

LANGKAWI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi merasmikan Pameran Antarabangsa Aeroangkasa dan Maritim (LIMA 2011) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di sini yang bermula hari ini hingga 10 Disember ini.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
 
LIMA 2011 menyaksikan penyertaan 403 syarikat pempamer dari 56 negara termasuk 50 daripada 100 syarikat aerosangkasa dan maritim.
 
Sebanyak 64 pesawat dan 59 kapal perang dipamerkan pada LIMA 2011.

LIMA 2009 menarik penyertaan hampir 400 syarikat pertahanan, 60 negara serta 38,000 pelawat, 400 wartawan dan 210 delegasi.
 
RockyKCD - Hajat memang mahu ke LIMA2011 tetapi masa tidak mengizinkan. Cuti dah abes digunakan semasa mengerjakan umrah May lalu. Oleh itu, jika ada sesiapa yang berkesempatan, boleh la ke Langkawai utk saksikan LIMA2011 sehingga 10 Disember ini. Pergilah melancong ! :)

1 comment:

  1. Salam tuan,

    Mohon utk linkkan blog saya di sini. Blog tuan telah saya linkkan di blog saya. moga kita dpt bertukar2 maklumat. Terima kasih dan selamat berjuang.

    # Link blog saya :http://ibm-akusayangumno.blogspot.com

    ReplyDelete