Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, December 6, 2011

Amin Iskandar ngadu pada Polis difitnah PapaGomo




Seorang kolumnis The Malaysian Insider membuat laporan polis petang ini mendakwa dia telah difitnah oleh pemblog pro-Umno Papagomo.
Amin Iskandar dengan ditemani peguamnya membuat laporan polis di balai polis Jalan Travers di sini dan meminta pihak berkuasa menyiasat tulisan Papagomo.
Papagomo, nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, dalam tulisannya bertajuk “Amin Iskandar penulis The Malaysian Insider akui dicabul Anwar Ibrahim” mendakwa Amin telah ‘dicabuli’ oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Amin dengan keras menafikan dakwaan itu dan mengkritik tindakan Wan Muhamad Azri sebagai tidak wajar.
“Fitnah Wan Muhammad Azri, dipercayai dilakukan dengan niat mahu mempertahankan (Timbalan Menteri Belia dan Sukan, dan Naib Ketua Pemuda Umno) Datuk Razali Ibrahim daripada tulisan dan kecaman saya pada 25 November lalu,” kata Amin selepas membuat laporan polis.
“Sebagai seorang penulis dan pemblog yang memperjuangkan kebebasan meluahkan pandangan, laporan ini bukan dibuat oleh menyekat kebebasan bercakap, tetapi untuk menghentikan fitnah daripada menjadi budaya sesetengah pihak,” katanya lagi.

RockyKCD - Ingatkan mereka tidak percaya kepada pihak Polis. Tetapi apabila timbul masalah maka kepada anggota Polis yang selama ini dihina dgn panggilan ANJING juga mereka mengadu. Laporan polis telah dibuat. Biarkan pihak Polis jalankan siasatan.

1 comment:

  1. knapa budak pkr menangis mcm bdak kecik bila nama naik kt blog papagomo?

    yng mreka fitnah hari2 tu apa cerita?

    ReplyDelete