Saya tiba agak lewat kerana keletihan selepas seharian di Langkawi utk LIMA 2011 pada hari Sabtu. Majlis Tun Mahathir bermula jam 11 pagi hari Ahad.
Ketika saya sampai, Dewan Bangunan UMNO Ampang penuh sesak memaksa saya berdiri di bahagian belakang dewan. Bahagian luar pula dipasang khemah juga penuh dgn rakyat Ampang yg sedang mendengar penerangan dari ayahanda Tun Mahathir melalui TV - TV yg disediakan.
Antara amanat Tun Mahathir ialah buang budaya CANTAS dgn sokong calon yg dipilih tidak kira dari UMNO, MCA, MIC atay Gerakan. Kata Tun M, "Kalau kita menang tapi parti tak menang, apa jadi ? Kita jadi pembangkang"
Tun M juga menyuarakan suara akar umbi yg sukar utk menyertai UMNO akibat sekatan UMNO cawangan yg tidak mahu org yg lebih bijak menyertai UMNO cawangan mereka. Ketua2 UMNO cawangan memastikan ahli2 yg masuk lebih bodoh dari dia supaya jawatan mereka tidak tergugat. Kata Tun M, " akhirnya semua Pemimpin UMNO bodoh".
Nampaknya rakyat Ampang disajikan kebenaran yg jelas oleh Tun Mahathir setelah pelbagai fitnah ditaburkan di Ampang. Amat malang bagi rakyat Ampang yg kini diwakili oleh wakil rakyat PKR yang pemalas dan hanya berkokok kisah politik siang dan malam.
Tahniah kepada UMNO bahagian Ampang yang berjaya menganjurkan Majlis Penerangan Tun Mahathir. Rakyat Ampang kini sedar bahawa perjuangan PKR tidak lebih dari untuk Anwar Ibrahim dan kroni2 nya.
hidup Tun Mahathir !!!
ReplyDelete