Minda Hijrah Headline Animator

Monday, November 21, 2011

ISA: Maaf PAS ! Rakyat semakin bijak!

Nampaknya Penerangan Pemuda PAS cuba memperbodohkan rakyat tentang tindakan ISA yang dikenakan keatas sekumpulan individu di Sabah. Sedangkan penggunaan ISA jelas tidak salah dari segi undang2 mahu pun moral pada saat ini.

Pertamanya mereka yg ditahan bukannya tahanan politik. Hanya PAS yg cuba mempolitikkan isu ini.

Kedua, mereka yg ditahan disyaki cuba menubuhkan kembali kumpulan militan yang boleh mengancam keselamatan penduduk pendalaman Sabah. Takkan kerajaan mahu tunggu beberapa nyawa melayang baru mahu diambil tindakan.

Ketiganya, ISA belum dimansuhkan. Hanya boleh dimansuhkan di Parlimen. Jadi apa salah ISA digunakan demi nyawa dan keselamatan rakyat.

Cukuplah pembangkang menabur fitnah dan langsung tidak membantu kerajaan dan rakyat.

Pemuda PAS wajar diam dari memperbodohkan diri mereka. Kerana rakyat semakin bijak menilai dan bukannya bodoh seperti kamu !!!

No comments:

Post a Comment