Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, November 24, 2011

Ahmad Zahid Hamidi: Jangan Sabotaj Calon, Kuasai Media Sosial

Pesanan Naib Presiden UMNO DS Ahmad Zahid Hamidi (DSZH) dalam sidang media Pra-PAU semalam patut diambil perhatian oleh semua pihak yang menyokong BN TERUTAMANYA ketika beliau meminta ahli UMNO supaya hindari perbuatan SABOTAJ terhadap calon yang dipilih.

HINDARI SABOTAJ
Masalah dalaman ini juga penyumbang utama kepada kekalahan BN pada PRU12 lepas. Sepatutnya setiap ahli melipatgandakan usaha terutamanya merampas kembali negeri yang kalah terutamanya Selangor serta 2/3 majoriti Parlimen.

PERBAHASAN PAU
DSZH juga berharap perbahasan PAU kali ini dapat tekankan perpaduan dan program Transformasi supaya mudah difahami dan diberi penerangan nanti ke akar umbi.

MEDIA BARU aka MEDIA SOSIAL
Penekanan beliau kepada peranan Media Baru wajar diambil perhatian terutamanya dikalangan pemimpin dan jentera parti kerana Media Sosial antara penyumbang kekalahan kpd calon BN. Contohi PM DS Najib yg menggunakan media sosial utk berinteraksi dgn rakyat dan menyampaikan maklumat.

PRN BERASINGAN
Akhir sekali, DSZH berpendapat bahawa BN punyai kelebihan jika PRN diadakan berasingan. Jentera BN lebih fokus. Lagipun banyak janji2 pembangkang tidak ditunaikan.

2 comments:

  1. begitu lah keadaan umno diperingkat cawangan dan bahagian. pemimpin bergaduh sesama sendiri dan saling mencantas. bila mereka mahu berubah

    ReplyDelete