Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, November 24, 2011

Pembubaran DUN: Nik Aziz lebih cerdik dari Khalid Ibrahim

Kenyataan MB Kelantan tentang pembubaran DUN menampakkan kebodohan MB PKR Selangor yang baru sepenggal menjadi ketua kerajaan negeri. Beliau sedar bahawa jentera BN akan mempunyai banyak kelebihan jika PRN diadakan berasingan.

KM DAP Penang juga dilihat lebih cerdik dengan tidak membuat keputusan rasmi tentang pembubaran DUN.

MB PKR Selangor TS Khalid Ibrahim dalam sidang DUN mengumumkan bahawa DUN Selangor tidak akan dibubarkan jika PRU 13 diadakan sebelum JUN 2012.

Manakala Naib Presiden UMNO DS Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan media semalam menyatakan pembubaran DUN berasingan akan memberi kelebihan kpd BN kerana tumpuan yang lebih selepas PRU 13.

Isu pembubaran DUN ini jelas menampakkan kita bahawa pakatan pembangkang tidak sebulu dalam membuat keputusan. Bayangkan jika mereka diberi peluang menjadi pemerintah. Sudah tentu huru hara negara ini. Ini belum lagi isu negara Islam dan perundangan Hudud.

Perpaduan dan persefahaman elemen penting dalam kerajaan campuran dan BN telah membuktikan selama 50 tahun.

Tanya sama Guan Eng, kenapa ADUN PAS tidak dijadikan EXCO?

Tanya sama Azizan Razak kenapa ADUN DAP tidak dijadikan EXCO?

Tetapi dalam BN, parti kompenen lain dalam MCA, MIC dan Gerakan diangkat EXCO walaupun hanya ada satu kerusi DUN.

Ini lah salah satu bukti perpaduan dalam BN.

1 comment:

  1. Apa yang dimaksudkan Nik Aziz, IBLIS DAN SYAITAN TU? Orang-orang Umno ko? Pengundi hantu ko? atau para syaitan yang berkerjasama dengan PAS? Khalid Ibrahim tak faham ni.

    ReplyDelete