Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, October 18, 2011

Kes Liwat II - Kenapa Presiden PKR dan Isteri Tertuduh, Wan Azizah tidak ke kandang saksi?

Alibi adalah elemen penting bagi Anwar membuktikan bahawa beliau tidak berada ditempat kejadian berlakunya perbuatan songsang dan luar tabie bersama bekas pembantunya Saiful.

 

Ketika isu Liwat II timbul, Anwar pernah menyatakan bahawa beliau bersama isterinya ketika kejadian. Malah beberapa individu yang boleh menjadi alibi kepada beliau juga tidak dipanggil menjadi saksi pembela.

 

Sedangkan sebagai isteri, sudah tentu Wan Azizah arif tentang pergerakan suaminya. Ada yang menyatakan bahawa Wan Azizah tidak mampu menahan tekanan jika menjadi saksi. Lihat sahaja bagaimana cara beliau mengeluarkan kenyataan terutamanya ketika menjawab persoalan tentang jam Omega ketika video mirip suaminya tersebar.

 

Dan hujah pembelaan dalam kes ini bergantung kepada ketidakupayaan Anwar Ibrahim dengan pergerakan terbatas hasil laporan pakar.

 

Persoalan-persoalan diatas yang saya kutip dari pelbagai sumber agak menarik dibincangkan. Tetapi kita biarkan mahkamah membuat keputusan.

No comments:

Post a Comment