Minda Hijrah Headline Animator

Monday, October 24, 2011

Kelab Chedet : Penggantungan Tugas Aziz Bari Perkara Biasa

Perbincangan isu Aziz Bari mendapat perhatian dalam perbincangan terbuka di portal http://kelabchedet.com/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=64754#64754untuk menerangkan bahawa isu Aziz Bari jelas dipolitikan pembangkang dan beliau sendiri.

 

Aziz bari tidak perlu memberi penjelasan melalui media jika beliau benar2 seorang yang profesional. Hanya perlu jawab surat tunjuk sebab yang dihantar oleh majikan beliau iaitu UIA. Malangnya, Aziz Bari cukup angkuh dan sombong dan spesis insan yang tak kenang budi.

 

Aziz Bari, kamu patut letak jawatan dan masuk politik. Mudah sahaja jalan cerita seterusnya.

 

Dan ada MP sengal nak bawa isu ini masuk parlimen sedangkan kes Aziz Bari dalam siasatan. MP pembangkang dah takde kerja lain dan tandus isu ka ?

 

 

Pak Teh Keramat, Exco Kelab Chedet.

 

Selalunya jika terdapat salah laku di dalam sesabuah organisasi maka satu penal Domestic of inquiry (DI) akan diwujudkan. Dimasa yang sama surat tunjuk sebab (pertuduhan ) akan dikeluarkan kepada kakitangan tersebut untuk dijawab semasa tempoh pengantungan.

 

Surat tunjuk sebab mesti dijawab dalam tempoh yg diberikan dan sekiranya jawapan yg diberikan meyakinkan maka kakitangan dibebaskan dan pengantungan tugas ditarik dan kakitangan dibolehkan bertugas semula.

 

Sebaliknya jikadidapati ada kes ( salah Laku ), kakitangan tersebut akan dipanggil untuk membela diri terhadap pertuduhan dihadapan penal yang dilantik. Para penal akan membuat keputusan jika salah laku memang berlaku dan hukuman mesti tertakluk kepada jenis kesalahan yg telah dilakukan. Semua kakitangan memang telah tahu dan maklum dengan cegahan dan larangan ( do and dont ) yg tidak sepatut dilangar dan bentuk hukuman( tertulis dlm syarat perkhidmatan ) , semasa memerima perlantikan jawatanya.

 

Kita tunggu sama ada aziz bari dipanggil mengadap penal atau tidak....

 

 

Nordin, Exco Kelab Chedet

 

Memang betul apa yang disebutkan Pak Teh itu adalah prosedur biasa domestic inquiry yang dilakukan oleh mana-mana organisasi yang membabitkan salah-laku kakitangan dalaman. Namun hari ini Aziz Bari dilayan seperti seorang "Wira" seolah-olah beliau tidak pernah melakukan sebarang kesalahan.

 

Jika benar beliau tidak melakukan sebarang kesalahan, kenapa sampai beliau perlu menggunakan perkhidamatan guaman pada peringkat ini sedangkan mana-mana domestic inquiry tidak memerlukan campur tangan daripada pihak ketiga (peguam) hinggalah jika beliau benar-benar didapati bersalah. Diperingkat ini barulah beliau boleh mencabar domestic inquiry dengan menggunakan peguam untuk membawa kes beliau ke mahkamah.

 

Nampaknya kes beliau awal-awal lagi sudah diekploitasikan oleh pihak pembangkang kerana mereka tahu Aziz Bari adalah jurucakap buat mereka, jadi sudah tentu mereka akan membela jurucakap mereka dengan memberi gambaran yang hak beliau sudah dinafikan.

1 comment:

  1. ajis biri tu sepatutnya di buang terus,dan sepatutnya di hukum di bwh akta hasutan krn kerapkali kenyataan dia blh menghuru harakan negara..spesis melayu mcm ni yg berselindung di sebalik jawatan pensyarah dan UIA sebenarnya bkn sapa2 pun..belajar teori dr buku2 mat saleh kemudiannya dpt jadi pensyarah..kemudiannya dgn tidak ada roh perjuangan untuk agama,bangsa dan negara beliau dgn mudah menjadi alat atas status beliau sbg pensyarah..

    ReplyDelete