Pepatah Melayu sendiri ada mengatakan, "kata dulang paku cerpih, kata orang aku yang lebih". Inilah pepatah Melayu yang amat sesuai sekali ditujukan kepada Aziz Bari ni.
Bila dia mempersoalkan titah peringatan Sultan Selangor berhubung isu cubaan memurtadkan orang Islam, itu tidak mengapa sebab itu adalah hak dia sebagai ahli akademik untuk bersuara sekali pun untuk mengumpat raja dia sendiri.
Lagi pun Aziz Bari sendiri kata, di Malaysia tidak ada undang-undang yang boleh mencegah rakyat daripada mengumpat raja atau undang-undang 'lese majeste' seperti mana di Thailand.
Oleh itu sudah tentu Aziz Bari sendiri sudah bersedia untuk melawan pihak berkuasa kerana dia sendiri sudah berpendapat bahawa tidak ada undang-undang yang boleh dikenakan keatas beliau sekali pun dia didapati bersalah menghina raja. Dia sendiri yang kata di
Hari ni dia nak saman orang lain pula kononnya kerana mengata dia "kurang ajar". Kenapa dia nak saman orang pulak, bukankah dia sendiri kata yang dia tak takut mengumpat raja sebab di
Kalau raja pun dia boleh mengumpat, siapa dia nak halang orang dari mengumpat dia hingga sampai nak saman orang pulak?? Sebelum dia nak saman orang, pastikan dia dulu yang kena hukum kerana keberanian dia bersikap kurang terhadap raja sendiri.
Orang Melayu yang mempunyai jati-diri tidak memerlukan "undang-undang bertulis" untuk mengajar mereka menghormati ibu-bapa atau raja sendiri sebab orang Melayu ada adat yang perlu dipatuhi.
Lainlah kalau orang itu sudah kurang terdidik atau "kurang ajar", sebab itu dia memerlukan undang-undang bertulis supaya dapat mengajar dia menghormati ibu-bapa atau raja dia sendiri.
Kita hairan bagaimana orang yang kurang terdidik atau "kurang ajar" ini boleh dibiarkan menjadi pendidik di universiti di negara?? Apakah
Penulis - Nordin, Exco Kelab Chedet
Sumber dan perbincangan lanjut di portal Kelab Chedet
No comments:
Post a Comment