Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, September 22, 2011

Tuntutan mansuh ISA berjaya, Kerajaan wajar tolak ansur isu PPSMI

Isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) perlu diberi perhatian kerajaan kerana ianya membabitkan masa depan rakyat Malaysia. Ramai yang salah faham mengatakan bahawa PPSMI memfokuskan kepada penggunanaa B. Inggeris semata-mata dengan tokoh2 bahasa Melayu dengan menentang keras perlaksanaan PPSMI. Sedangkan PPSMI sebenarnya memfokuskan peningkatan kemahiran dan penguasaan ilmu Sains dan Matematik supaya anak-anak kita dapat menguasainya sejak dari kecil lagi.
 
Hampir kesemua  universiti dan kolej di Malaysia sendiri mewajibkan pengajaran dan pembelajaran dalam B. Inggeris terutamanya dalam bidang sains seperti perubatan, kejuteraan dan matematik.
 
Yang hairannya, tokoh2 bahasa Melayu yang turun demo dan bantah PPSMI sana sini TIDAK PULAK komplen apa yang sedang berlaku di Universiti & Kolej2. Pejuang taik kucing ini begitu kuat berkokok dan duduk bersama pembangkang seterusnya menekankan pihak kerajaan sehingga berjaya menghapuskan PPSMI.
 
Kerajaan tidak wajar memekakkan telinga terhadap golongan ibubapa (PAGE) yang prihatin terhadap nasib anak2 mereka demi bangsa, agama dan tanah air. Berilah pilihan kepada anak-anak ini utk meneruskan PPSMI. Apa yang susah sangat ??!!!
 
Kita mohon Perdana Menteri DS Najib supaya menimbangkan semula pemansuhan PPSMI. DS Najib sendiri mengikuti pelajaran dalam B. Inggeris sejak kecil lagi dan beliau wajar memberi peluang yang sama kepada anak2 yang mahu meneruskan PPSMI.
 
PPSMI bukan isu Tun Mahathir atau sesiapa pemimpin pun. Ini adalah perancangan pendidikan dan penguasaan ilmu Sains dan Matematik demi masa depan Agama, Bangsa dan Negara !
 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAGE minta PPSMI jadi opsyen - Mkini 19 Januari 2011
Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) mengulangi saranannya supaya Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), dijadikan sebagai opsyen.

PAGE wants to meet Cabinet over PPSMI policy - The Star 27 August 2011
PETALING JAYA: The Parent Action Group For Education Malaysia (PAGE) has called for a meeting with the Cabinet on the issue of teaching of Science and Mathematics in English, better known as PPSMI.
Its chairman Datin Noor Azimah Abdul Rahim said the meeting was important as its purpose was to find a lasting solution.
"Parents do not want to have to go to the streets to be heard. We want to be heard in a civilised setting.
"Once fair input has been presented and a decision is then made, we will abide by the ruling made by the elected government of the day," she said in a statement yesterday in response to a news report.
Noor Azimah said a precedent should be set for disputes on national issues to be resolved through the Cabinet as it was the "ultimate channel".

Mahathir: Pendukung PPSMI nasionalis sebenar negara
Oleh Yow Hong Chieh September 21, 2011
TANJUNG MALIM, 21 Sept — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pihak yang menyokong dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebagai "nasionalis sebenar" kerana ingin melihat Malaysia sentiasa seiring dengan kemajuan dunia.
Dasar itu diperkenalkan ketika era Dr Mahathir pada 2003, tetapi Putrajaya pada 8 Julai 2009 mengumumkan ia akan dimansuhkan sepenuhnya mulai tahun depan.
Dr Mahathir (gambar) berkata kebanyakan kertas kerja berkaitan dengan penemuan dalam bidang sains dan teknologi terdapat dalam Bahasa Inggeris, dan oleh itu memberi amaran rakyat Malaysia akan ketinggalan jika mereka tidak menguasai bahasa antarabangsa.
"Ia bukan soal kurangnya sifat nasionalisme," kata beliau berkenaan isu PPSMI selepas syarahan eksekutif di Universiti Pendidikan Sultan Idris di sini hari ini.
"Sebenarnya mereka adalah nasionalis yang sebenar sebab mahu menerokai lebih banyak ilmu, bukan hanya setakat bercakap dalam Bahasa Malaysia," kata beliau.
berita penuh : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mahathir-pendukung-ppsmi-nasionalis-sebenar-negara

1 comment:

  1. Saya harap kerajaan DS Najib dan TS Muhyiddin tetap dengan pendirian untuk menghapuskan PPSMI pada tahun depan.Ini penting supaya kerajaan tidak ditertawakan oleh rakyat juga orang luar yg melihat kelemahan kerajaan yg flip flop dan mudah tunduk kepada tekanan pihak2 minoriti.

    PPSMI bukanlah satu2 jalan untuk memajukan Malaysia.Sungguh sempit pandangan yg cuma melihat jalan sehala kepada matlamat memperkukuhkan penguasaan inggeris dalam institusi pendidikan negara.

    Kementerian pendidikan telah mengambil beberapa langkah pro aktif dalam memperkasakan BI dan dalam masa yg sama berusaha untuk terus mendaulatkan BM dalam situasi memang-menang.Beri peluang dan kepercayaan kepada kementerian dan kerajaan yg sedia ada.

    Zaman Tun M telah berlalu.Banyak jasa beliau pada negara memang tak dapat dinafikan tapi seperti yg semua sedia maklum bukan semua keputusan dan tindakannya tepat,jadi berpada2 kalau iyapun memuja tun M.

    ReplyDelete