Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, September 6, 2011

Tiada Hudud.Tiada negara Islam - PAS beralih arah menubuhkan negara KOMUNIS ?

Begitu ramai sekali penyokong PAS yang mempertahankan kenyataan gila Mat Sabu yang mengagungkan pengganas Komunis yang membunuh 14 Polis Melayu di Bukit Kepong. Bayangkan 14 anggota Polis Melayu yang berani mempertahankan kedudukan mereka walaupun dikepung ratusan komunis. Keberanian tahap tinggi dengan tawaran serah diri tidak diendahkan oleh mereka.
 
Banyak hujah dan fakta sonsang digunakan bagi mengabui pemikiran penyokong mereka. Antaranya 14 anggota Polis Melayu yang mati dibunuh komunis dilabelkan sebagai barua British atas alasan kemerdekaan dicapai pada 1957 dan peristiwa Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 yang mana pentadbiran kerajaan ketika itu dibawah British.
 
Golongan buta sejarah dari PAS dan PKR ini tanpa menyedari bahawa dalam tempoh 9 tahun sebelum merdeka, Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1948 yang mana kuasa Raja-Raja melayu dikembalikan selepas kegagalan Malayan Union. Walaupun masih berada dalam naungan British, tetapi pembentukan Persekutuan Tanah Melayu amat penting dalam usaha utk mendapatkan kemerdekaan dan pengalaman mengurus tadbir kerajaan.
 
Sejak bersama Pakatan Rakyat, isu perlaksanaan Hudud yang dicanaang puluhan tahun terus tenggalam. Pembentukan negara Islam oleh PAS kini tinggal kenangan. Yang peliknya, Mat Sabu bersungguh membawa idelogi songsang menyokong perjuangan Komunis dan akibatnya merosakkan pemikiran generasi muda.
 
Generasi muda yang menyokong Mat Sabu pula tak sedar dek untung. Lahir ke dunia terus dalam keadaan aman sedangkan berapa banyak nyawa dan harta tok nek kita berkorban dari penentangan Malayan Union sehingga lah hari ini.
 
 Bersandarkan kepada isu politik semasa, nampaknya Mat Sabu beriya-iya mahu menjayakan impian Chin Peng yang telah lama berkubur sejak perjanjian Baling.
 
Mat Sabu dan konco2nya inilah barua Yahudi dan penjajah yang sebenar2 nya.

No comments:

Post a Comment