Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, September 7, 2011

Tazkirah : JAIS dakwa Khaliid Samad, batal tauliah Dr Rani

Nampaknya pergolakan pimpinan PAS dengan JAIS,  jentera kerajaan negeri Selangor pimpinan MB PKR TS Khalid Ibrahim masih berterusan.
 
MP Shah Alam. Khaliid Samad bakal didakwa di Mahkamah kerana menyampaikan tazkirah tanpa tauliah. Manakala boss beliau, Dr. Rani Othman yang juga ditarik balik tauliahnya. Dr Rani menggantikan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Hasan Ali sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor dan Khalis Samad adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor.
 
Episod PAS vs JAIS nampaknya semakin mencuri perhatian sedangkan JAIS adalah jabatan kerajaan negeri. Terutamanya selepas MB PKR sendiri didapati kantoi berbohong menjual nama Sultan Selangor utk menghalalkan beberapa tindakan beliau sehingga mendapat teguran dari pihak Istana.
 
Khaliid Samad mungkin masih boleh terus memberi tazkirah dan ceramah di gereja-gereja sebagaimana yang biasa beliau lakukan tanpa perlu tauliah JAIS. - Hallelujah !
 
Petikan berita
KUALA LUMPUR, 6 Sept – Sementara isu membabitkan serbuan ke atas gereja belum lagi reda, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mendakwa Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dari PAS kerana memberikan tazkirah tanpa tauliah.

Turut menerima tindakan Jais adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadan lalu.

Khalid dipanggil di pejabat Jais hari ini dan dinyatakan pendakwaan ke atas beliau. Perbicaraan ditetapkan 24 November ini Mahkamah Syariah Klang. Beliau dibebaskan dengan jaminan mulut oleh pembantunya sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Rani dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor Jun lalu manakala Khalid, Yang Dipertua PAS Shah Alam pula sebagai salah seorang timbalannya.

Rani, Adun Meru, menggantikan Datuk Dr Hasan Ali yang merupakan Exco Kerajaan Negeri bagi hal ehwal agama sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor.

"Tauliah saya tamat Ramadan lalu selepas menerimanya tahun lepas dan saya telah memohon untuk menyambungnya. Namun saya menerima surat dari Jais permohonan saya ditolak dan tauliah saya ditarik balik oleh Jais," kata Dr Rani dipetik Harakahdaily.

Khalid didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Khalid didakwa memberikan kuliah agama Islam tanpa permit ketika memberikan tazkirah Ramadan pada 16 Ogos lalu di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

No comments:

Post a Comment