Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, September 8, 2011

Chin Peng wira negara kerana bunuh Henry Gurney ?

Ntah apa pil khayal yang ditelan oleh Mat Sabu sehingga makin mengarut dan meracau pemikiran beliau. Dalam forum bunag masa yang diadakan semalam, Mat Sabu terus mencetuskan kontroversi dgn melontarkan persoalan tentang jasa Chin Peng yang membunuh Pegawai British, Henry Gurney.
 
Kenyataan Mat Sabu yang dipetik dr Malaysiakini.
 
"Chin Peng bunuh Henry Gurney yang jajah Malaya. Saya hendak tanya, saya yang baik. Henry Gurney atau Chin Peng?"
 
"Saya Tak mahu jawab. Kalau silap, mampus aku esok. Lu pikirlah sendiri" 
 
Apa tujuan sebenarnya Mat Sabu melontarkan persoalan sedemikian rupa. Tidak lain dan tidak bukan adalah utk membersihkan dosa-dosa dan menggambarkan Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan dan wira negara. Sedankgan Chin Peng mengetuai gerakan Komunis Malaya telah membunuh dan merogol ribuan penduduk Malaya yang terdiri dari kaum Melayu dan Cina ketika itu.
 
Benar kata Tun Mahathir dalam reaksi terhadap kenyatan Mat Sabu. Biarkan Mat Sabu terus bercakap dan tidak perlu ditangkap. Dengan sendirinya Mat Sabu menunjukkan kejahilan dan kebodohan diri sendiri. Tetapi kita wajib menjelaskan sejarah sebenarnya supaya generasi muda tidak terpengaruh dengan hasutan pembangkang.
 
Rakyat bukan bodoh. Generasi yang hidup sengsara zaman komunis masih hidup dan sudah mula bersuara. Kisah2 kehidupan melarat dek penangan komunis diturunkan kepada generasi muda wajib diteruskan. Harta dan Darah menjadi taruhan utk keamanan dan kesenangan zaman ini.
 
Ini yang Mat Sabu tidak faham. Dan yang kita tidak faham ialah, kenapa Mat Sabu dan pembangkang terus menerus menyokong komunis dan mengangkat Chin Peng seolah-olah WIRA NEGARA ?
 

5 comments:

  1. analogi: perompak yg nak pegi merompak dan merogol A telah membunuh pencuri yang ade niat nak mencuri rumah A...siapa yang baik?

    ReplyDelete
  2. http://tukanglawan.blogspot.com/2011/09/penentang-british-penderhaka-dimata.html

    ReplyDelete
  3. errr nko tak tau ke rocky yg mat sabu sdg nyanyi 'sabun dibilik mandi sabun..sabun dibilik mandi sabun' he he

    ReplyDelete
  4. mat sabu dan PAS dan terperangkap :)

    ReplyDelete