Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, August 24, 2011

Tukar Majlis Syura kepada JK Pendengaran - Pentadbiran Negeri Selangor ternyata huru-hara

Selepas menunggu begitu lama laporan dari JAIS berkaitan pemeriksaan keatas gereja haram DUMC yang didakwa memberi bibble versi Melayu kepada orang Islam yang hadir berbuka puasa, MB PKR Khalid Ibrahim bertindak membentuk Majlis Syura bagi menangani isu yang mendapat pelbagai reaksi dari banyak pihak.
 
Apa yang dikesali adalah bagaimana Kerajaan campuran DAP-PAS-PKR Selangor mengheret Baginda Sultan Selangor utk menghalalkan tindakan penubuhan Majlis Syura itu dan juga kebodohan Menteri Besar PKR ini yang tidak sedari bahawa telah wujud Majlis Syura Kerajaan Negeri di bawah MAIS.  Sudah tentu keputusan yang dibuat tidak mendapat pandangan dari Exco Kerajaan Negeri PAS dalam Hal Ehwal Islam iaiatu Hasan Ali. Jika tidak, mana mungkin MB PKR ini boleh membuat kesilapan tentang penubuhan Majlis Syura.
 
Untuk menutup malu kerana mendapat teguran Sultan, hari ini Khalid Ibrahim menukar nama Majlis Syura kepada Jawatankuasa (JK) Pendengaran. Namun saya tidak pasti samada JK ini berkaitan isu pemimpin Negeri Selangor yang Pekak kerana mempunyai masalah Pendengaran.
 
Selangor mencipta sejarah yang memalukan dengan apa yang telah berlaku.
 
 

1 comment:

  1. apa boleh buat itu yang rakyat selangor mahukan dulu dan mb macam nie dia orang dapat,lain kali sebelu tanda kertas undi pikir-pikir le dulu.

    ReplyDelete