Memang saya akui terlibat sebagai penulis berita dalam portal berita Kritis-Online sehingga bermula Sabtu lalu kalangan editor telah melampaui batas prinsip saya. Serangan yang dilancarkan terhadap Tun Mahathir tidak boleh diterima dan saya melahirkan rasa kesal apa yang telah dilakukan.
Saya teruk dihentam dan dikritik oleh rakan-rakan kerana bersama Kritis-Online walaupun sudah kurang aktif sejak sebulan dua ini kerana memberi tumpuan kepada blog dan kerja, saya harus terimanya sebagai pengajaran kepada diri saya. Saya terhutang budi dengan Kelab Chedet yang banyak membantu saya dengan setiap program yang saya hadiri mewakili Kelab Chedet sebagai Exco.
Saya memohon maaf dan ingin saya maklumkan bahawa saya tidak terlibat menulis dan mengeluarkan artikel dalam Kritis-Online yang bertindak memburukkan nama Tun Mahathir.
No comments:
Post a Comment