Kisah JAIS-DUMC banyak membuka mata banyak pihak dan membongkarkan pelbagai cerita disebaliknya. Apa yang menarik perhatian ialah reaksi awal bekas Mufti Perlis, Dr. Asri yang melemparkan kritikan terhadap pengurusan Zakat di Malaysia.
Kita harus rasional terhadap apa yang diperkatakan Dr Asri yang mempersoalkan 'Kemana hilang wang Zakat berjuta" dan karenah birokrasi pihak pengurus Zakat yang menyebabkan golongan-golongan yang layak dilihat sebagai 'peminta sedekah'.
Ini adalah sebahagian cerita yang dibongkar disebalik kisah JAIS-DUMC, bagaimana orang Islam yang hadir menerima bantuan dari pihak gereja kerana kesusahan hidup dan ada kalangan mereka telah pun murtad.
Nampaknya apa yang dilakukan oleh Pengurus2 Zakat yang dipertanggungjawabkan masih belum efisien lagi. Mereka wajib sedar bahawa golongan2 yang boleh menerima bantuan zakat tidak boleh disekat. Itu hak mereka dan kamu hanya memegang amanah.
Wang zakat berjuta-juta tetapi orang Islam yang susah dan miskin masih ramai sedangkan Pusat-pusat zakat bukan main gah lagi. Kita cuma mahu Pengurusan Zakat memperbaiki 'delivery system' yang sedia ada.
Zakat mampu membantu ekonomi umat islam dan mengelakkan perkara2 tidak baik seperti gejala Murtad dan kemiskinan. Semoga kita permudahkan urusan yang Allah amanahkan.
No comments:
Post a Comment