Minda Hijrah Headline Animator

Friday, August 26, 2011

Kebebasan bersuara sudah mati dalam PAS dan Pembangkang

Apabila seorang pakar Sains Nuklear Che Rosli tampil ke TV3 dan mendedahkan kemungkaran yang dilakukan oleh PKR melalui wakil Rakyat Kuantan Fuziah Salleh, ianya bermakna Che Rosli telah melakukan kesalahan yang berat hanya kerana beliau adalah wakil rakyat PAS Hulu Langat.
 
Terkini si kaki pembohong dan pembelit dari PKR, Fuziah Salleh yang konsisten menghasut rakyat dengan fakta palsu dan bukan saintifik akan mengambil tindakan terhadap kebenaran yang diterbitkan oleh TV3. PAS dijangka akan mengambil tindakan disiplin kepada wakil rakyat Hulu Langat mereka demi memuaskan hati dan nafsu DAP & PKR.
 
Pembangkang meletakkan politik diatas segala-galanya. Matlamat menghalalkan cara. Fitnah dan pembohongan wajib demi kuasa politik. Dijanjikan kebajikan rakyat tetapi pembohongan demi pembohongan yang rakyat dapat.
 
Ramai kalangan rakan PAS sudah mula rimas dengan keadaan PAS yang semakin tunduk dengan kemahuan chauvinis DAP dan sosialis PKR. Agama dilacurkan dan kebenaran ditutup bagi membolehkan kemungkaran berleluasa. .
 
Mengkritik demi kebenaran adalah satu dosa. Sampai bila ianya mahu terus berlaku ? Che Rosli telah mengatakan "enough is enough" dan jangan biarkan beliau keseorangan.

1 comment:

  1. errr lepas ni pakatan haram plak mati bro he he goreng pun sodap..buek ghondang pun bleh buek lontong pun bleh buek masak lomak cili api pun bleh ghayo ni ha ha

    ReplyDelete