Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad adalah antara wakil rakyat paling 'bodo' apabila beliau mengeluarkan sebarang kenyataan. Setelah gagal mencuba beberapa kali bertanding untuk menjadi wakil rakyat dan Allah beri peluang kepada beliau pada PRU 2008. Namun begitu apa yang berlaku selepas itu cukup memalukan umat Islam dan mengguris hati banyak pihak dengan pandangan serta tindakan Khalid Samad.
Dari isu Kuil Hindu di Shah Alam, kempen penggunaan nama Allah oleh Kristian sehingga yang terbaru apabila wakil rakyat Shah Alam ini menunjukkan kebebalan dan kejahilanya berhujah apabila menyalahkan UMNO, pihak yang langsung tidak ada kene mengena dalam isu JAIS keatas gereja HARAM Damansara Utama.
Ntah dimana logik akal yang digunakan oleh Khalid Samad ketika membuat kesimpulan bahawa isu JAIS ini adalah salah UMNO. Sedangkan JAIS dibawah pentadbiran kerajaan negeri campuran DAP-PKR-PAS dan Exco Hal-Ehwal Islam pula disandang oleh wakil rakyat PAS.
Sudah la gereja Methodist di Damansara Utama itu didakwa beroperasi secara haram tanpa lesen rumah ibadat dari kerajaan negeri, Jabatan Agama islam Selangor, JAIS dihentam teruk pula pihak bukan Islam melalui komen2 yang berbaur perkauman dan keagamaan tanpa merujuk kepada penjelasan JAIS sendiri dan ini mampu mebakar hati umat Islam. Wakil rakyat Shah Alam ini mahu menjadi juara dan hero isu ini terus membuat kesimpulan bahawa semua terjadi ini adalah salah UMNO.
Cukupla para pengundi Shah Alam ditipu dengan Khalid Samad terutamanya penganut agama Kristian Katholik dan Hindu. Ini wakil rakyat spesis pembohong yang mahu memuaskan hati semua pihak tanpa usul periksa. Banyak janji2 yang dilaungkan tetapi gagal ditunaikan. Isu keagamaan menjadi mainan politik beliau sehingga membakar hati banyak pihak.
Khalid Samad adalah sering mempolitikkan agama dengan permainan yang bahaya. Ini lah kebenaran tentang wakil rakyat Shah Alam.
perut aku sakitla hari ni...salah UMNO yg buat perut aku sakit ni..nak kena pegi klinik ni..isshhh..kereta tak bole start pulak..salah UMNO jgk ni kereta aku tak boleh start..
ReplyDelete