Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, August 24, 2011

Isu JAIS - DUMC - Boleh diselesaikan tanpa heret Sultan Selangor

Kelemahan kerajaan campuran DAP-PKR-PAS di negeri Selangor sudah makin ketara. MB PKR Khalid Ibrahim nampak cuba utk melindungi gereja haram DUMC dgn penubuhan majlis Syura sekaligus mengheret Sultan Selangor ke kancah percaturan politiknya.
 
Ini tindakan memalukan sedangkan JAIS berada dibawah kuasanya. Rakyat Selangor juga tertanya-tanya kenapa begitu lama JAIS mahu membuat siasatan dan mengeluarkan laporan jika tidak kerana campurtangan kerajaan negeri Selangor yang mahu melindungi kepentingan politik mereka.
 
Jangan bijak menunding jari kepada pihak lain. Dan jangan jual nama Baginda Sultan Selangor. Kamu adalah Menteri Besar Selangor. Rakyat Selangor berhak mengetahui perkara sebenar yang berlaku.
 
Jika benar prosedur tindakan JAIS didapati tidak betul, kita harap diperbetulkan. Jika dakwaan DUMC sebagai gereja haram dan wujud unsur-unsur dakwah Kristian terhadap orang islam, harap diperbetulkan.
 
Adakah ini bentuk ketelusan yang kamu janji dan laungkan ? Semata-mata utk memuaskan hati dan nafsu rakan politik kamu dalam DAP & PKR.
 
Rakyat Selangor sedang menilai tindakan kamu !

No comments:

Post a Comment