Minda Hijrah Headline Animator

Monday, August 8, 2011

Isu Azizan Razak & Hasan Ali - PAS bakal dipinggirkan PR menjelang PRU 13

Melihat kepada komen-komen dari penyokong2 DAP dan PKR di laman portal dan Facebook yang berbaur perkauman dan kekecewaan dengan peranan PAS dalam Pakatan Rakyat ketika  isu YAB MB PAS Kedah Azizan Razak dengan larangan hiburan di bulan Ramadhan dan terkini dengan Exco Hal Ehwal Islam Kerajaan negeri Selangor  Dr. Hasan Ali mempertahankan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor JAIS keatas sebuah gereja bagi menyelamatkan AKIDAH umat Islam yag menerima bantuan dari golongan Nasrani, dapat dijangkakan bahawa PAS akan terus dipinggirkan terutamanya peranan PAS dalam Pakatan Rakyat.
 
Pembahagian Kerusi Parlimen dan DUN PRU 13.
 
Beberapa insiden sebelum ini termasuk kejatuhan kerajaan DAP Perak dan kegagalan  pimpinan MB PAS mempertahankannya juga serta siri kekalahan Pilihanraya Kecil (PRK) berturut-turut oleh PAS kepada BN bakal diambilkira bahawa PAS hanya layak sekadar parti sokongan kepada DAP & PKR.
 
Seperti PRU 12, PAS diberikan kerusi majoriti orang Melayu yang merupakan kubu kuat parti pemerintah UMNO menyebabkan mereka memperolehi kerusi paling sedikit berbanding DAP & PKR. Sedangkan PKR sendiri bersenang lenang mengambil kesempatan keatas kekuatan jentera PAS untuk memenangi kerusi Parlimen dan DUN.
 
Ambil contoh Kulim Baharu, bagaimana MPnya YB Zul yang bertanding atas kerusi PKR boleh menang dan kemudian begitu mudah keluar dari PKR dan PR. Bayangkan jika kerusi itu ditandingi oleh calon dr PAS, sudah tentu ianya boleh kekal sebagaimana kekal nya kerajaan Kelantan pada 2004 walaupun hanya dipisahkan oleh 1 kerusi.
 
Anwar, PKR dan DAP sememangnya sudah mengatur strategi tentang pembahagian kerusi walaupun Timbalan Presiden PAS yang baru, Mat Sabu bermimpi di siang hari mahukan PAS bertanding di kawasan campuran. 
 
Peringatan untuk PAS
 
Kisah PAS sebagai lembu tunggangan DAP & PKR sering dinafikan mereka sedangkan keadaan ini semakin hari semakin ketara dan nyata. PAS digunakan sebagai bidak utk menyerang kumpulan Melayu Islam yang kuat seperti UMNO supaya dengan mudah golongan kafir dikalangan Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.
 
PAS boleh meneruskan penafian sebagai lembu tunggangan DAP & PKR tetapi menjadi tanggung jawab kami menegur dan membongkarkan muslihat jahat golongan anti Islam dan Melayu dalam Pakatan Rakyat sebagaimana amaran Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 120.
 
Ini adalah perjuangan JIHAD kami !

2 comments:

  1. kerana kemaruk hendak berkuasa PAS sanggup menggadai prinsipnya sendiri, mengenepikan keutamaan mempertahankan kesucian Islam dan kepentingan orang-orang Melayu.PAS dan PKR yang semakin lemah terpaksa menjadi kuda tunggangan dan lembu DAP demi mengekalkan kedudukan dalam Pakatan. Padahal semua telah maklum bahawa DAP adalah master mind dan pemutus setiap tindakan Pakatan ini.PAS dan PKR sama lah seperti si burung kakak tua yang diajar berkata2 oleh DAP. Orang-orang Melayu yang jadi pengikut taksub mereka langsung tidak dapat menggunakan akal melihat semua kepincangan pemimpin mereka menyokong membuta tuli. Biar menggadai agama dan bangsa asal cita-cita 'mat jenin' menjadi nyata? Hancur Melayu kerana kekeliruan mereka untuk menjatuhkan pemimpin yang sebenarnya membela nasib mereka, meninggikan taraf hidup dan mertabat bangsa. nauzubillah.

    ReplyDelete
  2. begitu lah sikap sebahagian besar pimpinan dan penyokong PAS .. tapi kita juga harus bersyukur kerana masih ada kalangan PAS yang sedar tentang perkara ini.

    ReplyDelete