Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, August 16, 2011

Adakah Koh Tsu Koon masih relevan ?

Nampaknya usaha sejak seminggu ini pelbagai pihak secara terus mendesak Presiden Gerakan, TS Koh Tsu Koon utk mengundur diri. Protes terhadap Tsu Koon disiarkan secara terbuka di media arus perdana terutamanya dikalangan pimpinan Gerakan sendiri. Untuk rekod, Tsu Koon telah menjadi KM Penang selama hampir 18 tahun sebelum membuat keputusan bertanding kerusi parlimen Batu Kawan pada PRU 2008 dan tewas dengan majoriti besar hampir 10,000.
 
Perdana Menteri telah melantik beliau sebagai Senator utk memegang jawatan bertaraf Menteri. Saya kurang pasti apa tugas beliau sebenarnya. Tetapi rata-rata kalangan rakan-rakan yang mahu beliau berundur dari arena politik.
 
Mungkin utk berlaku adil kepada Tsu Koon, kita patut mengkaji samada beliau masih relevan kepada partinya sendiri dan beberapa persoalan penting perlu dijawabnya terutamanya usaha beliau sebagai pemimpin tertinggi Gerakan untuk merampas kembali Pulau Pinang yang mana Gerakan kalah teruk dan hilang semua kerusi DUN.
 
Sedang jentera UMNO berusaha keras menyerang pentadbiran kerajaan negeri DAP Pulau Pinang yang diketuai Lim Guan Eng, Tsu Koon dilihat lebih selesa dengan kerusi empuk di Putrajaya dari memikirkan strategi menawan kembali Pulau Pinang yang terlepas ditangan beliau sendiri pada 2008.
 
Ini adalah alasan kukuh untuk mengatakan beliau TIDAK lagi relevan kepada partinya dan pentadbiran kerajaan sendiri. Gerakan perlukan pemimpin dan nafas baru.

1 comment:

  1. tsu koon boleh mengatakan ianya masih relevan sekiranya..penang dpt kembali ke tangan BN beliau pun kena berundur dan beri laluan kpd pelapis gerakan..amacam tsu koon..ada brani ka.?

    ReplyDelete