Halatuju PAS yang berubah dari penubuhan Negara Islam kepada 'Membangun Negara Berkebajikan' menarik perhatian dalam dunia politik. Ianya boleh disifatkan lebih liberal dan mesra penggundi.
Tetapi apa yang mengejutkan ialah reaksi balas Presiden PAS DS Haji Hadi Awang terhadap kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DS Nazri Aziz yang menolak kemungkinan bahawa BELIAU MAHU MENJADI PERDANA MENTERI jika PR menang PRU 13 nanti.
Sudah tentu bersorak girang sosialis DAP dan PKR jika ianya menjadi kenyataan.
Sedangkan PR hanya mampu membentuk kerajaan Persekutuan jika PAS mampu menumbangkan UMNO.
Nampaknya Haji Mat Sabu tidak patut bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan PAS minggu lalu jika Presiden PAS selemah ini.
Mungkin Haji Mat Sabu lebih layak jadi Presiden PAS.
apa plak mat sabu jd PM bro he he nasarudin le jd PM sbb mat sabu dah janji nak letakan tpt istimewa pd nasarudin ha ha
ReplyDelete