Minda Hijrah Headline Animator

Monday, June 20, 2011

Bersih 2.0 - Anwar Ibrahim & PKR ditampar Ambiga & PAS


diambil dari wall FB sahabatku Zam Mohd


Umum mengetahui bahawa PKR semakin kehilangan pengaruh dikalangan rakyat Malaysia selepas ramai pemimpin PKR, ahli Parlimen dan ADUN mengistiharkan keluar dari PKR sehingga tumbangnya kerajaan campuran Perak sebelum ini.

Kini Ketua Umum PKR, DS Anwar Ibrahim bukan lagi orang paling berkuasa dalam menentukan apa-apa yang berkaitan dengan demonstrasi jalanan BERSIH yang dijadualkan pada 9 Julai 2011 walaupun beliau menyatakan secara terbuka bahawa BERSIH akan membatalkan demonstrasi mereka jika kerajaan memberi jaminan bahawa pilihanraya umum nanti dijalankan secara adil dan bersih oleh SPR.

Sedangkan usaha demonstrasi jalanan BERSIH ini jalankan oleh Pengerusinya Datuk Ambiga dibantu oleh Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu. Sudah tentu kenyataan Anwar Ibrahim seumpama itu menyinggung perasaan penganjur dan peserta BERSIH yang rata-rata dikalangan penyokong PAS.

Anwar Ibrahim dan PKR harus sedar mereka bukan lagi mendominasi politik dalam Pakatan Rakyat apabila kerjasama DAP & PAS wujud.

Hakikatnya Anwar Ibrahim masih menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen atas ehsan & simpati DAP & PAS. Sedar la diri tu sikit.

1 comment:

  1. banyak kuat wayang la diaorg ni bro..filem tamil ni bakal pecah panggung..he he..kasi angkut ramai2 mrk naik 'black maria' hu hu..black sggh diaorag ni ya bro..mg black..

    ReplyDelete