Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, May 26, 2011

Pertahankan Utusan Malaysia – Zahid Hamidi hilang akal ?

Ketika Utusan Malaysia dan isu2 berkaitan orang Melayu diserang hebat oleh DAP dan PKR, ramai kalangan pemimpin UMNO berdiam bisu. Tetiba-tiba muncul pemimpin kanan UMNO yang berlagak hero mempertahankan Utusan Malaysia yang boleh menjejaskan karier politiknya.

Adakah Zahid Hamidi hilang kewarasan kerana terus menerus mempertahankan Utusan Malaysia ketika tindakan seumpama ini dianggap 'berdosa' dan 'rasis' dalam situasi politik masakini? sedangkan ramai kalangan Jemaah Menteri Kabinet dan pemimpin UMNO mengambil pendekatan 'playsafe'.


Kita berharap lebih ramai pemimpin UMNO yang berani seperti beliau mempertahankan kebenaran dgn fakta dan hujah rasional bagi mengimbangi pembohongan dan kekeliruan yang sering dilakukan oleh DAP dan PKR.

Artikel berkaitan:


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Pertahankan Utusan Malaysia – Zahid Hamidi

BAGAN DATOH 25 Mei - Rakyat perlu mempertahankan akhbar Utusan Malaysia yang menjadi sasaran kritikan parti pembangkang kerana akhbar itu berperanan memperjuangkan hak orang Melayu di negara ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengorbanan yang dilakukan oleh wartawan dahulu terbukti dengan memberikan sumbangan dan menjadi penyambung suara rakyat dengan pemerintah.

Katanya, ketika belum ada pembangunan, wartawan Utusan menyeberang sungai untuk mengumpul dan menulis berita.

“Wartawan dahulu menggunakan mesin taip yang kini sudah tiada dan mana ada akhbar Cina, India dan Harakah yang sanggup berkorban seperti akhbar Utusan Malaysia ataupun Utusan Melayu ketika itu.

“Kita sepatutnya mengenang jasa pengorbanan wartawan Utusan kerana mereka orang Melayu Islam yang memperjuangkan hak orang Melayu.

“Saya akan menjadi orang tengah menghalang mana-mana pihak yang cuba memboikot akhbar Utusan Malaysia,” katanya.

Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian komputer riba 1Malaysia di kawasan Parlimen Bagan Datoh di Sekolah Menengah Sri Muara, Bagan Datoh semalam.
Seramai 2,876 pelajar di kawasan Parlimen Bagan Datoh menerima komputer riba atas keprihatinan kerajaan.

Ahmad Zahid berharap kerajaan mengambil langkah tegas dan bertindak ke atas pembangkang yang tidak menghormati pengorbanan wartawan Utusan Malaysia.

Sehubungan itu, tegasnya, orang Melayu yang menyertai pembangkang perlu keluar daripada pakatan pembangkang dan kembali menyokong orang Melayu dalam pilihan raya umum akan datang.

1 comment:

  1. Tahniah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Pemimpin yang berani mempertahankan Utusan Malaysia.

    ReplyDelete