Minda Hijrah Headline Animator

Monday, May 30, 2011

Calon Melayu : Bukan PAS tetapi DAP yang pasang IMPIAN dan STRATEGI untuk Gantikan UMNO

Pendekatan DAP untuk meletakkan calon Melayu untuk kerusi DUN dibeberapa buah negeri antaranya Perak, Selangor dan Negeri Sembilan dilihat sebagai langkah progresif bagi mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena politik Malaysia.

Langkah ini tidak mengejutkan saya malah ramai kalangan penganalis politik juga sudah membuat andaian perkara ini sudah dalam perancangan DAP sejak kejatuhan kerajaan Perak pimpinan bekas Menteri Besar, YB Nizar Jamaluddin akibat setelah 2 orang wakil rakyat Melayu dari PKR berpaling tadah menyokong BN.

DAP sedar bahawa kebergantungan mereka kepada rakan PR,  PAS dan PKR tidak menjanjikan kuasa politik yang kukuh walaupun DAP mempunyai jumlah kerusi terbanyak di Perak dan Negeri Sembilan dan mampu menguasai negeri2 ini jika strategi yang dipasang berjaya iaitu meletakkan calon Melayu yang mewakili DAP.

DAP tidak gusar dengan sokongan pengundi melayu lagi kerana tugas2 ini sedang dan telah dijalankan oleh PAS dan PKR yang semakin galak mempromosikan kerjasama seolah2 undi DAP sama sahaja seperti mengundi PAS dan PKR. Tambahan pula sikap pemimpin PAS dan PKR yang teruja dengan kemenangan terbesar mereka dalam PRU 12 dan masih bersangka baik dengan DAP semata2 untuk menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional.

Walau apa pun muslihat dan perancangan licik DAP, saya tetap optimis bahawa masih ramai dikalangan pemimpin Islam PAS dan PKR yang sentiasa memerhatikan gerak geri DAP dan bersedia untuk membentuk kerajaan campuran bersama UMNO jika keadaan mendesak. Mana mungkin sosialis DAP dan PKR  mampu bercampur fahaman Islam seperti minyak dan air kecuali di kalangan Melayu Islam sekapal dengan Anwar Ibrahim.

Sebab itu saya melihat pemilihan PAS kali ini cukup menarik perhatian dengan Mat Sabu untuk jawatan Timbalan dan Nizar Jamaluddin untuk jawatan Naib Presiden  bakal menerima sokongan kuat dari DAP dan PKR bagi menentang calon2 pemimpin PAS seperti Tuan Ibrahim, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Salahuddin Ayub dan Hussam Musa.

Ada pula cakap2 kedai kopi yang kedengaran tentang pakatan golongan Erdogan (Young Turks) yang pro Anwar Ibrahim yang mendapat sokongan Nik Aziz dan Pas kelantan bakal bergabung tenaga bersama pemimpin PAS pro DAP seperti Mat Sabu dan Nizar Jamaluddin bagi menerajui pimpinan PAS yang sedia ada.

Persoalannya, mengapa PAS begitu penting untuk dikuasai oleh Anwar Ibrahim dan DAP ? Umum mengetahui bahawa undi orang Melayu terbesar hanya kepada UMNO dan PAS. Maka undi Melayu dalam PAS mampu menguatkan kedudukan parti-parti yang dominan seperti DAP dan PKR kerana PAS tidak akan mampu menjadi dominan seperti UMNO kerana pembahagian kerusi Parlimen dan DUN yang dimanupulasi oleh Anwar Ibrahim menjadi peneraju PR.

Tidak menghairankan jika suatu ketika nanti, wakil Melayu dalam DAP bakal menjadi Menteri Besar atau Ketua Menteri dan mahukan PAS hanya sebagai parti sokongan mereka bagi mencapai kejayaan politik seperti PAP di Singapura - Impian mampu menjadi Kenyataan.

DAP sebenarnya yang memasang impian untuk menggantikan UMNO.

1 comment:

  1. Crita banyak x guna bro..juak2 ahlul bahlul PAS ni bukan ada mata nak baca, bukan ada telinga nak dengar cakap kita..

    Mereka (PAS) ni dah sedap berselingkoh degan DAP, dah sedap jilat buntut DAP..terawang2 dengan janji2 manis DAP..tgk apa jadi kat Sarawak dah la..DAP dapat kerusi majoriti ada dai nak kongsi kuasa dengan PAS yg kalah teruk? Jangan harap baiii.....

    Sampai kiamat x mungkin pekara tu akan berlaku....

    ReplyDelete