Minda Hijrah Headline Animator

Monday, May 30, 2011

Calon Melayu : Bukan PAS tetapi DAP yang pasang IMPIAN dan STRATEGI untuk Gantikan UMNO

Pendekatan DAP untuk meletakkan calon Melayu untuk kerusi DUN dibeberapa buah negeri antaranya Perak, Selangor dan Negeri Sembilan dilihat sebagai langkah progresif bagi mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena politik Malaysia.

Langkah ini tidak mengejutkan saya malah ramai kalangan penganalis politik juga sudah membuat andaian perkara ini sudah dalam perancangan DAP sejak kejatuhan kerajaan Perak pimpinan bekas Menteri Besar, YB Nizar Jamaluddin akibat setelah 2 orang wakil rakyat Melayu dari PKR berpaling tadah menyokong BN.

DAP sedar bahawa kebergantungan mereka kepada rakan PR,  PAS dan PKR tidak menjanjikan kuasa politik yang kukuh walaupun DAP mempunyai jumlah kerusi terbanyak di Perak dan Negeri Sembilan dan mampu menguasai negeri2 ini jika strategi yang dipasang berjaya iaitu meletakkan calon Melayu yang mewakili DAP.

DAP tidak gusar dengan sokongan pengundi melayu lagi kerana tugas2 ini sedang dan telah dijalankan oleh PAS dan PKR yang semakin galak mempromosikan kerjasama seolah2 undi DAP sama sahaja seperti mengundi PAS dan PKR. Tambahan pula sikap pemimpin PAS dan PKR yang teruja dengan kemenangan terbesar mereka dalam PRU 12 dan masih bersangka baik dengan DAP semata2 untuk menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional.

Walau apa pun muslihat dan perancangan licik DAP, saya tetap optimis bahawa masih ramai dikalangan pemimpin Islam PAS dan PKR yang sentiasa memerhatikan gerak geri DAP dan bersedia untuk membentuk kerajaan campuran bersama UMNO jika keadaan mendesak. Mana mungkin sosialis DAP dan PKR  mampu bercampur fahaman Islam seperti minyak dan air kecuali di kalangan Melayu Islam sekapal dengan Anwar Ibrahim.

Sebab itu saya melihat pemilihan PAS kali ini cukup menarik perhatian dengan Mat Sabu untuk jawatan Timbalan dan Nizar Jamaluddin untuk jawatan Naib Presiden  bakal menerima sokongan kuat dari DAP dan PKR bagi menentang calon2 pemimpin PAS seperti Tuan Ibrahim, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Salahuddin Ayub dan Hussam Musa.

Ada pula cakap2 kedai kopi yang kedengaran tentang pakatan golongan Erdogan (Young Turks) yang pro Anwar Ibrahim yang mendapat sokongan Nik Aziz dan Pas kelantan bakal bergabung tenaga bersama pemimpin PAS pro DAP seperti Mat Sabu dan Nizar Jamaluddin bagi menerajui pimpinan PAS yang sedia ada.

Persoalannya, mengapa PAS begitu penting untuk dikuasai oleh Anwar Ibrahim dan DAP ? Umum mengetahui bahawa undi orang Melayu terbesar hanya kepada UMNO dan PAS. Maka undi Melayu dalam PAS mampu menguatkan kedudukan parti-parti yang dominan seperti DAP dan PKR kerana PAS tidak akan mampu menjadi dominan seperti UMNO kerana pembahagian kerusi Parlimen dan DUN yang dimanupulasi oleh Anwar Ibrahim menjadi peneraju PR.

Tidak menghairankan jika suatu ketika nanti, wakil Melayu dalam DAP bakal menjadi Menteri Besar atau Ketua Menteri dan mahukan PAS hanya sebagai parti sokongan mereka bagi mencapai kejayaan politik seperti PAP di Singapura - Impian mampu menjadi Kenyataan.

DAP sebenarnya yang memasang impian untuk menggantikan UMNO.

Thursday, May 26, 2011

Pertahankan Utusan Malaysia – Zahid Hamidi hilang akal ?

Ketika Utusan Malaysia dan isu2 berkaitan orang Melayu diserang hebat oleh DAP dan PKR, ramai kalangan pemimpin UMNO berdiam bisu. Tetiba-tiba muncul pemimpin kanan UMNO yang berlagak hero mempertahankan Utusan Malaysia yang boleh menjejaskan karier politiknya.

Adakah Zahid Hamidi hilang kewarasan kerana terus menerus mempertahankan Utusan Malaysia ketika tindakan seumpama ini dianggap 'berdosa' dan 'rasis' dalam situasi politik masakini? sedangkan ramai kalangan Jemaah Menteri Kabinet dan pemimpin UMNO mengambil pendekatan 'playsafe'.


Kita berharap lebih ramai pemimpin UMNO yang berani seperti beliau mempertahankan kebenaran dgn fakta dan hujah rasional bagi mengimbangi pembohongan dan kekeliruan yang sering dilakukan oleh DAP dan PKR.

Artikel berkaitan:


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Pertahankan Utusan Malaysia – Zahid Hamidi

BAGAN DATOH 25 Mei - Rakyat perlu mempertahankan akhbar Utusan Malaysia yang menjadi sasaran kritikan parti pembangkang kerana akhbar itu berperanan memperjuangkan hak orang Melayu di negara ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengorbanan yang dilakukan oleh wartawan dahulu terbukti dengan memberikan sumbangan dan menjadi penyambung suara rakyat dengan pemerintah.

Katanya, ketika belum ada pembangunan, wartawan Utusan menyeberang sungai untuk mengumpul dan menulis berita.

“Wartawan dahulu menggunakan mesin taip yang kini sudah tiada dan mana ada akhbar Cina, India dan Harakah yang sanggup berkorban seperti akhbar Utusan Malaysia ataupun Utusan Melayu ketika itu.

“Kita sepatutnya mengenang jasa pengorbanan wartawan Utusan kerana mereka orang Melayu Islam yang memperjuangkan hak orang Melayu.

“Saya akan menjadi orang tengah menghalang mana-mana pihak yang cuba memboikot akhbar Utusan Malaysia,” katanya.

Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian komputer riba 1Malaysia di kawasan Parlimen Bagan Datoh di Sekolah Menengah Sri Muara, Bagan Datoh semalam.
Seramai 2,876 pelajar di kawasan Parlimen Bagan Datoh menerima komputer riba atas keprihatinan kerajaan.

Ahmad Zahid berharap kerajaan mengambil langkah tegas dan bertindak ke atas pembangkang yang tidak menghormati pengorbanan wartawan Utusan Malaysia.

Sehubungan itu, tegasnya, orang Melayu yang menyertai pembangkang perlu keluar daripada pakatan pembangkang dan kembali menyokong orang Melayu dalam pilihan raya umum akan datang.

Wednesday, May 25, 2011

Tuan Ibrahim hanya mahu selamatkan PAS dari Tukang Karut Mat Sabu


Keputusan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS memang diluar dugaan ketika penyandang jawatan, Ustaz Nasha dan tukang karut Mat Sabu telah menyatakan pendirian utk bertanding jawatan nombor 2 parti itu.

Pelbagai andaian dan tafsiran diterjemahkan oleh pemerhati politik. Saya berpandangan bahawa keputusan tokoh politik PAS yang berpangkalan di Pahang ini lebih bersifat mementingkan parti dari pencapaian peribadi. Sebahagian besar pemimpin dan penyokong PAS sedar bahawa sesuatu perlu dilakukan bagi menghalang Tukang karut Mat Sabu dari menjadi pemimpin no 2 PAS dan sesuatu perlu dilakukan selepas laporan media mengwarwarkan bahawa Mat Sabu menerima pencalonan yang tertinggi dan mampu menewaskan Ustaz Nasha.

Lebih dari itu, Mat Sabu dilihat sebagai pemimpin POPULAR tetapi TIDAK BERKALIBER. Sedangkan PAS mempunyai ramai pemimpin yang jauh berkaliber utk menjawat jawatan Timbalan Presiden seperti YAB Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak, Tuan Ibrahim Man sendiri dan penyandang Ustaz Nasha. malah tidak keterlaluan saya menyatakan bahawa mantan Menteri Besar Perak, DS Nizar Jamaluddin jauh lebih layak utk menjawat jawatan Timbalan Presiden.

Mat Sabu ? Tiada apa kelebihan dan bakat kepimpinan yang beliau miliki selain skill sebagai penceramah politik yang menghiburkan. Mungkin tidak keterlaluan utk saya mencadangkan supaya Mat Sabu tampak lebih hebat jika bakat yang beliau miliki diasahkan dalam rancangan realiti Raja Lawak.

Tahniah kepada Tuan Ibrahim yang mengambil langkah berani walaupun tidak popular dikalangan pimpinan PR DAP dan PKR. Jangan biarkan parti nombor 2 terbasar dikalangan org Melayu selepas UMNO dipimpin oleh kuda tunggang DAP seperti Mat Sabu, rakan sebilik YAB KM P.Pinang sbg tahanan ISA di Kamunting selepas Operasi Lalang.



Tuesday, May 24, 2011

Kembali kepada Aktiviti Blogging

Miqat Masjid Aisyah Tanaem ketika mengerjakan umrah ke 7


Salam Sejahtera,

Setelah hampir sebulan aktiviti blogging terhenti untuk saya menjalani ibadah Umrah dan Ziarah ke Tanah Suci
Makkah dan Madinah. Kini saya akan kembali aktif dalam dunia blog dengan semangat baru.

Walaupun agak ketinggalan, nampaknya beberapa isu akan diberi perhatian terutamanya berkaitan pemilihan pucuk pimpinan PAS, isu kenaikan harga petrol dan isu2 tentang orang Melayu.

Terima kasih atas sokongan keluarga dan rakan-rakan. Semoga apa yang akan dilakukan memberi manfaat kepada semua.

Wassalam

RockY-MY Mohamad
Exco Kelab Chedet Malaysia

www.kelabchedet.com