Minda Hijrah Headline Animator

Monday, April 18, 2011

Kelab Chedet - Muslihat Raja Petra dan Anwar Ibrahim terbongkar

Seperti mana kenyataan yang dibuat oleh RPK selama ni, secara peribadi dia kata dia sendiri tidak pernah menuduh Najib atau Rosmah terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Akuan bersumpah atau SD yang dia buat itu hanya berdasarkan pengakuan yang dibuat oleh orang-orang yang ada kaitan dengan Anwar.

Oleh kerana RPK sendiri tahu orang-orang yang buat pengakuan itu mempunyai kaitan dengan Anwar dan pengakuan mereka itu pula direstui oleh Anwar sendiri, RPK sepatutnya tahu siapa dalang sebenarnya disebalik pengakuan bersumpah yang dia buat itu iaitu tidak lain dan tidak bukan adalah Anwar Ibrahim.

Kenapa RPK tidak mahu menggunakan otak dia sendiri untuk mengesahkan sama ada pengakuan mereka itu boleh dipercayai atau tidak, lebih-lebih lagi, hari ni dia sendiri mengaku, “takkanlah Rosmah sanggup pergi panjat bukit tengah malam hanya untuk menonton mayat Altantuya di bom???” Jika itu yang dia fikirkan selama ini, kenapa dia masih percaya dengan pengakuan mereka itu hingga jadi ”Pak Sanggup” untuk buat akuan bersumpah bagi pihak mereka pula kononnya dia mahu polis pergi menyiasat pengakuan mereka itu??

Bukankah ini menunjukkan dia sendiri berkongsi perasaan tidak baik terhadap pemimpin kerajaan BN hingga dia mahu polis pergi menyiasat perkara yang dia sendiri tidak percaya? Sedangkan orang yang dikatakan mempunyai bukti dalam akaun bersumpah dia itu sendiri pun tidak mahu buat akuan bersumpah itu kerana besar kemungkinan mereka hanya berbohong atas arahan Anwar?

Amat malang sekali bagi orang yang anggap dirinya cerdik untuk mencari kebenaran seperti RPK ini akhirnya kena tipu jugak kerana mempercayai kebenaran di pihak Anwar. Padan muka dia, baru dia sedar diri akhirnya Anwar membiarkan saja dia merengkok di penjara kerana Anwar sendiri pun gagal menipu rakyat kononnya ahli Parlimen BN akan melompat parti untuk menyokong dia merampas kerajaan persekutuan.

Hari ini dengan izin Allah, bukannya ahli parlimen BN yang melompat parti tetapi ahli parlimen PKR dan sahabat baik Anwar sendiri yang melompat keluar dari kem Aljub kerana mereka sendiri sudah sedar bahawa mereka jugak telah lama ditipu oleh Anwar.

Siapa yang tidak tahu Anwar seorang penipu, sekali pun muka dia terpapar sedang berzina dengan pelacur, itu pun dia masih berjaya menipu para peguam untuk membela dia, menipu para ulamak untuk melepaskan dia, menipu rakan-rakan pembangkang untuk menobatkan dia menjadi WIRA mereka malah ada diantara mereka itu sanggup pulak mengotorkan takbir Allah hanya untuk melaung-laungkan sokongan mereka kepada Anwar.

Mujurlah masih ramai cerdik pandai di Malaysia yang tidak mahu membiarkan diri mereka tertipu dengan perbuatan Anwar selama ini. Eloklah RPK jangan balik Malaysia terus atau tunggulah sehingga hajat dia mahu melihat kerajaan BN tumbang tercapai. Serve him right and for those who supported Anwar all these while too

Nordin - Exco Kelab Chedet di www.kelabchedet.com

1 comment:

  1. Jangan percaya pada si botak nie (RPK). Dia nnie macam anjing tersepit...baru sedar diri, kalau tidak masih nak kelentongkan rakyat Malaysia. Biarkan dia hidup di luar negera.
    Menyusahkan orang saja.

    ReplyDelete