Minda Hijrah Headline Animator

Friday, April 8, 2011

Isu Kematian Pegawai Kastam tidak wajar dipolitikkan

Saya kira tidak adil ada pihak yang menuduh kematian Allahyarham Sharbani sebagai BUNUH DIRI. Bagaimana perasaan keluarga beliau? Mereka yang membuat tuduhan seumpamanya ini memang tiada hati perut. Sedangkan dalam Islam amat berat mereka yang membunuh diri.

Begitu juga ada pihak yang melemparkan tuduhan dan hukum keatas SPRM sebagai PEMBUNUH dan terus menyalahkan kerajaan sedangkan siasatan sedang dijalankan. Golongan ini seolah-olah memang benci kepada SPRM yang menggalas tugas berat membasmi rasuah.

Mari kita bersama pada hari Jumaat yg mulia membuang buruk sangka yg semakin teruk di kalangan umat Islam.

Kita mahu pihak Polis menjalankan siasatan dgn adil tanpa melindungi mana mana INDIVIDU yang terlibat dan cuai.

Dan dalam masa yg sama pihak SPRM wajib meneruskan tugas membenteras RASUAH dan jgn biarkan isu ini membantutkan usaha keras yang dijalankan selama ini.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment