Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, March 8, 2011

PERKASA sahut cabaran Nazri Aziz - Syed Hassan



KENYATAAN MEDIA PERKASA

Menjawab kenyataan Dato’ Seri Nazri Aziz Menteri di Jabatan PM dalam The Star hari ini.

Perkasa menyahut cabaran Nazri Aziz supaya Perkasa bertanding di PRU13 akan datang. Perkasa akan meletak calun di mana saja ada calun dari mana-mana parti yang dilihat menolak agenda Melayu dan Bumiputera.

Perkasa juga tidak teragak-agak meletak calun bebas di Padang Rengas nanti. Bagaimanapun Perkasa merasakan PRU13 nanti tidak perlu calun bebas tajaan Perkasa kerana Nazri bukan lagi calun BN di situ.

Perkasa akan pastikan Nazri bukan lagi calun BN di situ. Jika beliau masih lagi bertanding Perkasa akan letak calun. Biar tidak menang di situ kerana Perkasa hanya perlukan Nazri tidak akan menang sahaja.

Biar calun dari Parti lawan lain yang menang di situ akibat dari terpecahnya undi BN, Perkasa akan tetap berpuas hati. Pemimpin seperti tidak diperlukan lagi. Sebenarnya dia adalah penyebab BN hampir ditolak rakyat keseluruhannya pada PRU12 dulu bila kenyataan-kenyataan yang dibuatnya menyakiti hati orang Melayu dan membabi buta pertahan Perdana Menteri yang lemah dan menghina bekas Perdana Menteri sebelum itu. Rakyat sudah kenal siapa Nazri ni.

Kenapa beliau perlu melenting bila Perkasa menolak cadangan untuk memansuhkan ruang perkenalan bangsa di borang-borang yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerajaan atau swasta seperti yang dicadangkan Dr. Muzaffar?

Mengapa paksa semua pihak bersetuju pada sesuatu cadangan yang beliau turut setuju? Itu hak Perkasa nak tolak atau setuju. Bukankah kerajaan sekarang terbuka menerima pandangan semua pihak?

Apa masalahnya untuk kekalkan ruangan perkenal bangsa di setiap borang? Perpaduan kaum bukan itu yang menjadi penghalang. Selepas ini akan ada pula cadangan masuhkan ruangan perkenal agama pada borang. Kemungkinan Nazri juga akan bersetuju. Cadangan yang membuatkan banyak pihak tidak bersetuju juga perlu diambil kira. Bukan cadangan yang Nazri seorang sahaja perlu dituruti.

Perkasa sudah ada calun yang sesuai untuk Parlimen Padang Rengas pada PRU13. Hanya menunggu masa sahaja dan kata putus terletak di tangan Presiden Perkasa Dato’ Ibrahim Ali.

Perkasa telah merancang mengadakan satu lagi perhimpunan Melayu di Perak. Nampaknya kita sudah kenal pasti tempat yang sesuai. Saya cabar Nazri gagalkan perhimpunan Melayu anjuran Perkasa di Padangan Rengas bila sampai masanya.

BN perlu pastikan calun yang diterima oleh semua pihak perlu diletak di Padang Rengas. Perkasa akan tolak BN kalau Nazri masih lagi calun di Padang Rengas.

Sekian

Syed Hassan Syed Ali
Setiausaha Agung Perkasa



 Nazri dares Perkasa

KUALA KANGSAR: Malay rights group Perkasa should send its leaders to contest in the next general election under its own banner, Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Nazri Aziz said.

He added the group could do what they wanted if it managed to get the people’s mandate and win big in the elections.

Nazri also challenged Perkasa to field its candidate to compete with him in his parliamentary constituency in Padang Rengas.

“I have no problem in facing any candidate, including Perkasa president Datuk Ibrahim Ali,” he said after opening the Padang Rengas Umno branch meeting at Kati near here on Saturday.

He was responding on the group’s opposition to the idea to drop the race column from forms issued by the civil service and the private sector.

On March 2, 1Malaysia Foundation chairman Prof Dr Chandra Muzaffar called on private and government agencies to drop the word “bangsa” (race) from forms to strengthen unity and work towards realising the 1Malaysia concept.

Nazri said the proposal was a “good idea” and he fully supported it.
The proposal could enhance the relationship between the people as they would not be profiled by race anymore.

“We can identify the race of any individual merely based on their names,” he added, saying that his own name clearly defines him as a Malay.

Many official forms require Malaysians to declare their race, which has come under criticism from some quarters for creating polarisation in the nation’s multiracial society. - The Star -

1 comment:

  1. nazri ni pun ,nk melawak pun jgn la mcm ni..terguris hati ahli nnt..dh la ahli perkasa ramai dh lani...sat gi kot diri sendiri yang pening

    ReplyDelete