Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, March 2, 2011

Pasukan keselamatan berkecuali, tidak tunduk tekanan politik

Artikel berkaitan :








Pasukan keselamatan berkecuali, tidak tunduk tekanan politik

SUNGAI BESI: "Jangan heret pasukan tentera ke kancah politik kerana kami bersifat berkecuali dan hanya bertanggungjawab menjaga keamanan dan kedaulatan negara," kata Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin (atas).

Beliau juga menggesa semua pihak berhenti mempolitikkan isu pembelian kelengkapan ketenteraan dan aset pertahanan negara kerana tindakan sedemikian dikhuatiri boleh menjejaskan keselamatan negara.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menerusi blognya mendakwa pembelian enam kapal peronda luar pesisir (OPC) oleh Kementerian Pertahanan dengan kos RM6 bilon, lebih mahal daripada negara lain.
Berikutan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menuntut wakil rakyat DAP itu membuat laporan rasmi kepada agensi itu, sebaliknya beliau menolak permintaan itu.

Zulkifeli turut menyangkal dakwaan pasukan tentera tunduk kepada tekanan politik.

“Tentera tidak campur tangan langsung dalam urusan politik negara, namun menyokong sepenuhnya kepada kerajaan memerintah yang dipilih rakyat. Bagaimanapun, ini tidak bermakna kita tidak ambil tahu pasal soal politik negara atau antarabangsa.

“Kita tetap mengikuti perkembangan politik Malaysia dan dunia. Ini hanya untuk pengetahuan, malah pegawai dan anggota tentera pun mempunyai hak memilih (mengundi),” katanya kepada pemberita di sini, semalam. - Berita Harian-

No comments:

Post a Comment