Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, March 1, 2011

PAS mendahului di Kerdau, BN dijangka selesa di Merlimau

PAS kedepan di Kerdau, tertinggal di Merlimau PDF Print E-mail

Written by Admin   
Tuesday, 01 March 2011 14:15
Alam Maya
1 Mac 2011

PAS sudah kedepan di Kerdau, masih tertinggal di Merlimau Dalam scenario politik negara sekarang, kalau rakan politik tidak membantu, peluang untuk menang adalah gelap. Kalau di lihat scenario PAS di Kerdau, ramai daripada orang kuat Pemimpin Pakatan datang setiap hari untuk bantu. Lihat sahaja kepada markas PAS yang berada di DEPAN Command Center Barisan Nasional. Lihat bagaimana mereka masuk dan keluar kampung kampung yang berada di tepi jalan di antara Temerloh dan bandar Jerantut. Lihat bagaimana orang kampung sambut kedatangan Pemimpin Pakatan daripada sambut pemimpin Barisan Nasional di Kerdau.

Di banding dengan ketidak hadiran pemimpin pemimpin kuat Pakatan di Merlimau. Yang di hantar membantu di Merlimau tidak kurang daripada Ketua AMK saudara Shamsul Iskandar, tetapi kontrovesy yang selindung disebalik masalah pemilihan PKR dulu masih tak selesai dan yang hadir hanya dari kem saudara Sham, bagaimana pulak dengan parti parti Pakatan yang lain seperti DAP, di mana Setiausaha Agungnya adalah orang Melaka. PAS mempunyai peluang untuk rampas kedua dua PRK ini kalau strategi diubah dengan cepat dan serious, dan konsep pentingkan kawan dari kemenangan mesti dipandang serious oleh Pemimpin pemimpin PAS dalam gelombang post 2008 tsunami. - http://www.kritis-online.com/

1 comment:

  1. memang ramai tahu umno tengah struggle di kerdau.

    ReplyDelete