Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, March 1, 2011

Bantuan Makanan BN dikira RASUAH. PAS punya kira HALAL.

Satu lagi dakwaan PAS bahawa bantuan makanan kepada pengundi dianggap RASUAH. Mari bersama kita imbas kembali apa yang pernah dilakukan oleh PAS.

Ini pernah dilakukan oleh PAS semasa kempen PRK Bagan Penang. Golongan yang mudah lupa dan hari ini mengatakan bahawa banuan makanan yang dilakukan oleh Barisan Nasional adalah RASUAH.

 Ini macam pun ada ka !
Berita dari portal Malaysiakini



BN hari ini secara senyap mengedarkan berkotak-kotak barang makanan kepada penduduk satu-satunya kampung Cina di Kerdau atas nama bantuan.

Kotak yang diangkut dengan trak petang ini diedarkan oleh beberapa orang yang memakai baju merah yang pergi ke beberapa rumah bagi mengenalpasti identiti penduduk.

NONESemua penduduk yang agak tua yang enggan dikenali berkata mereka didatangai beberapa orang yang mahu memberikan "bantuan makanan" secara percuma dengan syarat pelekat BN ditampal di pintu rumah mereka.

"Kami diminta mengundi BN dan kami diberahu bahawa sesiapa yang menyokong pembangkan tidak akan mendapat bantuan," dakwanya.

Malaysiakini difahamkan kira-kira 100 kotak diedarkan petang tadi.

Kotak itu, dengan pelekat gambar wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menterinya Datuk Seri Shahrizat Jalil mengandungi nasi, Milo, biskut, susu tepung dan sardin dalam tin.
NONEIa juga dilekatkan dengan tulisan "Akhirkan Zaman Miskin".

Seorang lelaki yang memakai kemeja-t BN, dipercayai membantu mengedarkan kotak itu, berkata hanyalah "satu bentuk bantuan".

Tetapi apabila ditanya lanjut, beliau hanya menjawab "tak ada apa-apa".

Sementara itu Timbalan Pengerusi PAS Pahang Hamzah Jaafar yang ditemui di tempat itu mendakwa perkara itu merupakan satu bentuk rasuah.
Manakala ADUN Tras daripada DAP Chong Siew Onn pula berkata perkara itu bertentangan dengan undang-undang pilihan raya dan akan melaporkannya kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya - Malaysiakini-

5 comments:

  1. Tidak kira parti apa pun, jika terbukti wujud rasuah, SPR wajib mengambil tindakan tegas. Jangan wujud sikap "double standard". Ramai berpandangan bahawa SPR bersikap "double standard", maka perlu dihapuskan pandangan itu dengan mengambil tindakan tidak kira kepada parti mana pun "dia" datang. Wassalam.

    ReplyDelete
  2. Kalau UMNO bagi duit itu dinama Rasuah
    Kalau PAS bagil duit itu dinama Amal Jariah
    Kalau ceramah UMNO, Hujan turun itu bala
    Kalau ceramah PAS, Hujun turun itu rahmat
    Kalau PAS masuk gereja ikut Nabi, UMNO buat kafir
    Kalau PAS ada cryno & nepo ikut Nabi, UMNO buat haram
    Akan datang, anak kita masuk gereja, ajaran apa itu? Parti Ajaran Sesat (PAS)

    ReplyDelete
  3. saya berpandangan apa jua bentuk bantuan yang menguntungkan penduduk seperti makanan adalah satu perkara yg baik. Lgpun acapkali pemimpin pembangkang mengatakan 'ambil aja apa yg UMNO bagi tapi time pangkah, undi PAS' - tapi kali ini pemimpin PR bermuka2 pulak.

    ReplyDelete
  4. Pas dah xde idea lah tu.. ini bkn rasuah pd aku.. skdr bg makan kt org ramai.. kan nabi kita pn ckp bagi makan pd org masa baginda mula2 kutbhah nabi di Madinah??? Puak Pas x bc sirah nabi ke?? Ini pn katanya rasuah.. tgk lah apa yg krjaan bg.. Nasi,biskut, susu tepung,dan sardin dlm tin.. smua tu kn bnda mkn. Kerajaan yg perihatin mcm tu lah krjanya..abis pas ada buat mcm ni ke??.. Tgk dgn mata hati bkn tgk dgn perasaan dengki wahai puak2 Pas..

    ReplyDelete
  5. sbb tu lah menampakkan pas ni semua nya mcm budak-budak kecik... tak reti nak pikir mana perkara baik, mana yang tidak... tau nak hentam je...

    kalau setakat makanan apa la sangat... bukan ke kalau beri makan kpd yang memerlukan tu amalan mulia... lg puak pas asik mengata lg banyak la pahala bagi kat orang2 yg menyumbang tu... niat nak menyumbang mestilah ikhlas bukan kerana nak menunjuk2... sumbangan yang dibuat bukan semata2 waktu PRK sahaja... setiap masa memantau kpd yg memerlukan...

    bukan macam puak pas, asal je ceramah tabung berjalan kutip derma/sumbangan (tgok dgn mata sendiri) ... apa namanya tu??? amal jariah dari rakyat kpd pas, bukan amal jariah dr pas kpd rakyat kah?

    ReplyDelete