Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, March 30, 2011

PAS Buat Lamaran Terbuka kepada Arman Azha

Hebat juga sahabat saya bekas Ketua Wira Perkasa saudara Arman Azha. Baru sehari meletak jawatan, beliau terus dilamar oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan at-Tantawi untuk menyertai Pemuda PAS.

Lebih dari itu, Arman mengakui dalam laman Facebooknya menghadiri majlis ceramah Pakatan Rakyat di Stadium Melawati (Shah Alam).

Sebagai sahabat, saya yakin Arman tidak akan menyertai PAS tetapi dalam dunia politik, segalanya mungkin.

Apa2 pun, Selamat Maju Jaya kepada Arman !


Armand bersama Exco & Ahli Kelab Chedet di Simposium Dilema Melayu
                                 
Petikan MalaysianInsider

“Saya cuba menghubungi beliau (Arman Azha) tapi tidak dapat sebab kita nak tahu apa asas beliau meletakkan jawatan itu, apa yang saya tahu beliau mahu terlibat aktif dalam politik dan sekarang beliau adalah ahli Umno.

“Saya nak tahu sama ada beliau mahu kekal (dalam Umno) atau akan sertai parti lain, sebab itu kita nak bincang dengan beliau dan kita bersedia untuk terima dan undang beliau dalam PAS dan Pakatan Rakyat,” kata Nasrudin.

Nasrudin berkata jika Arman Azha bersedia tinggalkan Perkasa dan Umno untuk sertai PAS dan Pakatan Rakyat, “saya mengalu-alukan.”

Bagaimanapun, jelas Nasrudin, pihaknya tidak akan memaksa Arman Azha untuk menyertai PAS dan keputusan itu harus dibuat dengan rela hati.
Beliau juga menafikan pernah mempelawa Arman Azha untuk menyertai PAS.

“Saya tidak pernah (pelawa), mungkin ada pihak lain tapi bukan saya dan saya difahamkan beliau ada menghadiri program ceramah kita (Pakatan Rakyat) di Stadium Melawati (Shah Alam) kelmarin dan mungkin beliau ada buat penilaian tersendiri.

“Kalau ikut slogan kita, ‘PAS Untuk Semua’ dan kita bersedia untuk menerima sesiapa sahaja termasuk Arman Azha,” katanya

2 comments:

  1. apa2 pun nko org kelab chedet mmg ensom apa he he teruskan perjuangan..

    ReplyDelete