Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, March 30, 2011

Kenyataan Media SU Agung Perkasa - Armand letak Jawatan

 




Saudara Arman telah menyampaikan hasrat untuk melepaskan jawatan Ketua Wira Perkasasejak seminggu yang lepas kepada saya dan Presiden dan kami telah cuba minta beliau fikirkan sedalamnya sebelum buat keputusan. Menurutnya beliau ingin menumpukan karier politik nya.

Saya sangat maklum kesukarannya untuk aktif dalam politik jika beliau terus aktif dengan Perkasa. Beliau adalah AJK dalam Biro Pidato di bawah Ketua Penerangan UMNO sekarang ini perlu perlu bergerak bersama-sama dengan biro tersebut. Namun ianya kerap terbatas kerana tugasan yan tidak putus-putus bersam Perkasa yang sedang berjuang pertahankan hak-hak Melayu dan Bumiputera yang mula terhakis.

Adalah sukar apabila beliau berceramah di platform Pemuda UMNO kerana pihak-pihak lain akan anggap suaranya sebagai suara Perkasa. Begitu juga jika beliau di ceramah-ceramah Perkasa, pihak-pihak tertentu akan kaitkan dengan suara UMNO. Sudah pasti beliau serba salah.

Beliau masih muda dan mempunyai masa depan yang cerah dalam politik. Adalah sangat sedih beliau meninggalkan Perkasa sedangkan suara dan keberaniannya sebagai anak muda Melayu sangat diperlukan ketika Perkasa begitu serius perjuangkan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera.

Apatah lagi ketika ini pimpinan muda Melayu dari UMNO, PAS dan PKR sangat lesu pertahankan kepentingan bangsa dan kesucian Islam berbanding pimpinan muda bukan Melayu dari semua parti yang dilihat lebih beraniperjuangkan kepentingan agenda kaum mereka.

Perkasa mengucapkan selamat berjaya kepada beliau dan percaya beliau akan terus pertahankan hak bangsa dan kesucian Islam walau bukan lagi bersama dalam barisan pimpinan Perkasa. Beliau tetap ahli Perkasa. Saya berharap beliau akan dapat kembali bersama dalam barisan pimpinan Perkasa di masa akan datang.

Namun begitu, Perkasa akan terus bergerak sepertia biasa biarpun kehilangan seorang anak muda yang betul-betul berani seperti beliau.

Terima Kasih.

Syed Hassan Syed Ali  
SU Agung Perkasa.

No comments:

Post a Comment