Minda Hijrah Headline Animator

Friday, March 11, 2011

Majlis bersama Saifuddin - Bersangka baik sesama rakan Bloggers

Kehadiran saya bersama rakan blogger Anuar Mohd Nor (UMNO Reform) di Majlis bersama Datuk Saifuddin Abdullah (DSA)mendapat perhatian kalangan blogger yang lain. Disini beberapa perkara perlu dijelaskan.

1. Kehadiran saya sebagai Exco Kelab Chedet (KCD) telah dimaklumkan kepada Setiausaha Kelab Chedet bagi mengelakkan tanggapan buruk. Malah saya memanjangkan jemputan kepada beberapa Exco KCD dan ahli yang lain supaya hadir.

2. Kelab Chedet (KCD) juga membuka ruang perbincangan tentang Saifuddin Abdullah dilaman portal kami secara terbuka. Malah beliau juga teruk dihentam oleh kalangan forumer. Sila rujuk

Pertemuan kali pertama semasa Majlis berbuka puasa bersama Naib Presiden UMNO pada  2010

3. Anuar Mohd Noor bersetuju untuk hadir selepas saya sendiri mengajak beliau sebagai teman. Malah kehadiran saya dan Anuar juga telah diketahui oleh beberapa rakan blogger yang BOIKOT. Tidak disangka beliau pula yang menjadi mangsa.

4. Anuar Mohd Noor hanya berdiam berdiri sepanjang majlis. Cuma beliau memberikan pandangan  tentang New Politics yang diutarakan oleh Saifuddin Abdullah di akhir majlis itu.

Penjelasan ini perlu dibuat kerana saya sendiri rasa bersalah menjemput beliau (Anuar Mohd Nor) sebagai teman untuk hadir di majlis itu dan membuka ruang kepada rakan blogger lain mengeluar cerita kurang enak tentang beliau. Saya percaya bahawa rakan blogger tidak dimaklumkan situasi sebenar.

Saya tidak berniat untuk mengheret nama Papa Gomo tapi saya sendiri menelefon Papa Gomo menyatakan kehadiran saya dan Anuar Mohd Nor di majlis itu bagi menghormati beliau sebagai rakan.


Malah YDP BPN juga berhasrat untuk hadir tetapi mempunyai urusan lebih penting. Adakah Panglima Perang Cyber juga bakal menjadi mangsa juga jika hadir di majlis tersebut ?



Diharap penjelasan ini boleh memberi manfaat kepada kita semua. Jangan biarkan salah faham ini mengugat perjuangan kita.

RockY-MY Mohamad
Kelab Chedet

5 comments:

  1. Salam mr rocky-my.

    Sudilah kiranya dipautkan blog saya di blog tuan. Blog tuan saya sudah link kan di blog saya.

    http://yuseriyusoff.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. mnyampah nya aku dgn si pudin..susah2 sgt tunjuk je la kaler sebenar..gi join pkr tu kan senang

    ReplyDelete
  3. Orait bro double Y :) Will do it now

    ReplyDelete
  4. alamak tersedak...patutlah bro tulis nama gua.

    anyway dpt kwn dgn blogger kelab che det ni, kira bertuah juga kawe.


    tq bro...tulisan bro gua suka.

    ReplyDelete
  5. hehehehe saya orang kecil yang bertuah dapat mengenali Tuan YDP Blogger Pembela Negara (BPN).

    Terima kasih atas tunjuk ajar yang diberikan

    ReplyDelete