Minda Hijrah Headline Animator

Friday, March 11, 2011

Kelab Chedet - Buku Tun Mahathir buat Anwar panas punggung !

Salah satu sebab kenapa aku suka scan portal pembangkang ni adalah kerana nak tengok apa dakawaan atau tuduhan terbaru mereka terhadap kerajaan atau pemimpin kerajaan. Kalau yang memuji tu memanglah senang kita jumpa dalam media perdana kita tetapi yang membuat tuduhan palsu ni selalunya diberi ruang yang cukup luas oleh portal yang pro-pembangkang.

Inilah keadilan kata pemimpin pembangkang, tetapi bila ada wartawan dari media perdana datang ke majlis mereka pula, mereka halau macam anjing kononnya media perdana suka buat fitnah terhadap pemimpin mereka. Kalau tak buat laporan tentang kegiatan mereka pula mereka kata media perdana hanya lapor berita yang berat sebelah saja.

Sejak pendedahan Tun Dr Mahathir dalam buku terbaru beliau, Anwar Ibrahim dah jadi macam cacing kepanasan. Sekarang dia pulak buat serangan balasan terhadap Tun dengan cerita rekaan hanya untuk memuaskan hati dia yang sedang sakit tu disebabkan tembelang dia semankin banyak diketahui orang.

Dia kata selama 22 tahun Tun memerintah, Tun hanya mengayakan kroni dia saja. Apa dia ingat dia bukan kroni Tun, dia dapat lebih banyak dapat dari apa yang kroni Tun dapat, malah dia dapat pangkat hingga menjadi TPM lagi. Dah jadi TPM, dia pulak buat kroni sendiri.

Sebab tu Tun tak takut dedahkan senarai "kroni" yang menerima projek kerajaan dan ternyata kroni Anwar Ibrahim ni jauh melebihi daripada apa yang kroni Tun dapat. Malah kekayaan kroni beliau itu boleh menampung segala perbelajaan kempen piliharaya walau pun parti mereka baru setahun jagung ditubuhkan ketika itu.

Hari ni dia juai minyak lagi, dia kata kalau hari ni Pakatan Rakyat menang, besok pasti harga minyak diturunkan. Begitulah hebatnya otak penasihat yang bernilai satu ringgit ni. Iran yang kaya dengan minyak dan menjadi anggota OPEC tu pun terpaksa menaikan harga minyak sebab tak sanggup menanggung subsidi, ini pulak kita yang bukannya negara anggota OPEC pun.


Pandangan Nordin, Exco Kelab Chedet
Telah diedit oleh RockY-MY, Exco Kelab Chedet.

Perbincangan lanjut di portal Kelab Chedet

1 comment:

  1. An_war sudah lah....bertaubat lah kamu. Kalau sudah menjadi bahagian kau yang tak di izinkan menjadi PM...terima saja lah. Jangan sekali-kali menentang kehendak Dia. Jangan sampai Dia murka terhadap kau.

    ReplyDelete